Bhai.... lu tau dak... kat Sabah jer ader 4 penjara untuk simpan tahanan warga asing.... yang total banduan aderlah lebih kurang 46 ribu orang.... pergh.... hahahaha ... hebat kan.... hahahaha
Jadi... setelah gua congak campur, darab, bahagi dan tolak.... gua dapat calculation kos untuk menjaga seorang banduan warga asing di 4 penjara di Sabah nih aderlah sekitar RM5.15 sehari..... hahahaha
RM5.15 sehari tue... kalu kiter darabkan dengan 30 hari.... hahaha... RM154 tue.... hahahaha..... pergh..... hebat betul lar.... memang hebat... prihatin dan sayang betul lar Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional nih terhadap warga asing.... Yer la... warga asing yang ditahan jadi banduan di penjara kat Sabah tue mengabiskan cukai Malaysia sebanyak RM154 seorang sebulan...
Walhal... kalu ikut cakap Najib Razak.... satu keluarga warganegara Malaysia cuma layak dapat RM41.60 jer sebulan.... Maknanya warganegara lagi hina dari banduan warga asing ..... hahaha... yer la... Warganegara tak layak dapat lebih dari RM41.60 sebulan... walhal banduan warga asing boleh plak dapat RM154 sebulan.... mewah betul lar... hahaha...
Sayang betul lar Kerajaan Malaysia kepada warga asing daripada warganegara sendiri.... Gua caya lu aaa Najib Razak ooi.... hahahaha.... Oleh yang demikian.... sebagai warganegara Malaysia... kita selayaknyer wajib mengundi dan memberi mandat kepada Barisan Nasional... kerana dengan memberi undi dan mandat memerintah kepada Barisan Nasional... kepentingan banduan warga asing lebih terjaga di Malaysia....
Rakyat warganegara Malaysia biaq pi la mampus kebulur.... yang penting banduan warga asing punya kepentingan terjaga....... hahaha.... bijak.. bijak.... hahahaha
Mana lagi hina... warganegara yang dapat RM41.60 sebulan atau banduan warga asing yang dapat RM154 sebulan....Hahahaha.... sembang lebih tarak guna la bhai.... hahaha... kalu lu tak terasa terhina... gua rasa lu mesti sudah jadi mayat nih... hahaha... hanya mayat jer yang tak terasa dihina.... hahahaha...
Kerajaan Belanja Lebih Setengah Bilion Tampung Kos Rakyat Asing Dipenjara
KOTA KINABALU: Kerajaan membelanjakan lebih setengah bilion ringgit bagi menanggung kos pengurusan banduan warganegara asing di empat penjara di Sabah sejak tujuh tahun lepas.
Timbalan penguasa penjara Kota Kinabalu Kalbin Mohd Said memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah bahawa sejumlah RM604,080,480 telah dibelanjakan kerajaan untuk kos lebih 46,000 banduan dewasa lelaki dan wanita sejak 2006 hingga Oktober 2012.
Saksi ke-62 itu berkata kos itu meliputi makan dan minum, perubatan, tempat tinggal, pakaian, eletrik, air dan program-program yang diberikan kepada banduan rakyat asing itu.
Beliau berkata kos pengurusan itu bermula daripada banduan yang antaranya dari Filipina, Indonesia dan juga Pakistan itu masuk ke penjara sehingga mereka dibebaskan.
Menjawab soalan pegawai pengendali Datuk Azmi Arifin, Kalbin berkata jumlah kos itu adalah di empat penjara iaitu Penjara Pusat Kota Kinabalu yang menempatkan banduan lelaki, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Tawau dan Penjara Sandakan. Ditanya mengenai statistik sebelum tahun 2006, saksi itu menjelaskan beliau tidak mempunyai rekod itu kerana sebelum tahun berkenaan rekod dibuat secara manual.
Beliau berkata banduan terbabit ditahan di situ atas pelbagai kesalahan antaranya mengikut Akta Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kesalahan jenayah lain mengikut Kanun Keseksaan, sanjata api dan di bawah Akta Dadah Berbahaya.
Kalbin juga berkata mengikut statistik tahun 2006 hingga Oktober tahun lepas jumlah banduan warganegara asing di empat penjara itu lebih ramai berbanding rakyat Malaysia.
Beliau juga berkata terdapat peningkatan jumlah banduan di dalam penjara menyebabkan berlaku kesesakan, bagaimanapun pihaknya melakukan penambahbaikan dengan menempatkan banduan ke penjara yang kurang padat.
Saksi itu berkata penjara di negeri berkenaan juga mengikut standard prosedur antarabangsa. - SUMBER
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Jalur Gemilang Terbalik Satu Agenda Jahat
- From Taiping With Love
- Makin Bangang
- Mudah Kerja - Salahkan Sahaja Pada Banjir
- Chegu Bard mendakwa PMX ditaja 15 tahun berjumlah RM2 billion
- Yang meluluskan pelaburan bermasalah sebegini patut disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
24 February 2013
8 comments:
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhau/DeeDee semua... Dulu… tanah ini kena serang dengan Chola, Ayuthia, Ligor, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan Indonesia se...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
sian melayu...belanja makan singgit seposen je sehari...muahahaha...jom kita tolong org kaya..jom jom..
ReplyDeleteSelagi ada bn/umno laknatullah... selagi itulah rakyat merempat...
ReplyDeleteBhai BunBinBan...
ReplyDeleteHahaha... cukup aaa singgit seposen... budak-budak mana boleh pegang duit banyak.... hahaha
Bhai ISA...
Hahahaha.... 1Malaysia.. Warga Asing Didahulukan.... hahaha
padanlah dia orang berani cakap yang Sabah tu still they all punya fixed deposit
ReplyDeleteCOBOL
ps... 2 hari tak dapat mengomen sebab kena masuk Pusat Pemurnian Akidah sebab keluarkan statement 'tapi gua takut jugak cakap lebih-lebih, sebab dia nie terer jugak katanya'...
Salam bhai,
ReplyDeleteWalawwee... Sampai cmtu lu pk eh? Salute la bhai.. Gua pn setuju gk tp menda ni solution nye mudah je bhai, nk tau camne? pk cm kapitalis. Everything invested must have its return, every single cent spent must be accounted, ROI based. Since embassy diowang pn buat bodo je selalu kita plak nk kena tanggung, antar diowang blk apa lg? Kerja keras la... buat ladang ternakan n tanaman suruh diowang kerja keras jgn byr 1 sen pn cz kalo byr ramai la pendatang nk masuk pemjara. Hasil tu jual blk bleh tanggung mkn minum n facility diowang. Silap2 untung bnyk bhai, dh abis tempoh selagi embassy diowang x amik kerja la dlm tu sampai mati waaahaha. Takut curi tulang? Jgn risau, bg pakai tracking neck collar siap ada karen.. Kejam x? Maybe patung2 cendana tu blom tgk idea gua ni, kalo tgk musti diowang implement.. Cz human learn, grow n change termasuk la patung cendana ni. Yg bebal ikut ego sendiri tu tokong2 lu org la, ckp assistant pn xmo dengar apatah lg kritikn parti lwn or rakyat bawahan.. Dengar kata rakyat konon piiraah mabok. Siap celen rakyat suruh saman ada la.. Sama cm patung cendana ke-5 dulu dh menang besar dengar ckp menantu je tgk apa skarang dh jadi? Kehkehkeh kita tunggu dn lihat je laa... Kwn2 gua PR ramai dh jelak ingatkn lg baik tp lg hampeh... Ckp org bkn main salah sendiri x penah nampak... Bila kantoi ckp fitnah BN sekali dua org caya la bhai...
Duit BRIM tu bantuan....duit untuk penjara tu untuk bg orang penjara tu makan...diaorang bukannya boleh buat duit pun dalam penjara...BODOH sangat orang tulis blog nie...
ReplyDeleteBhai Shahir Mohamad...
ReplyDeleteHahaha.... lu pon satu dol gak bhai... aper kejadahnyer kiter simpan diorang nih 6 tahun kat dalam Malaysia sampai kena kuar belanja banyak tue... baik awal-awal kiter antar balik... dah lama jimat belanja.... hahahaha...
Seronok la ... kat negara dier susah nak makan... penjara pon camsiot jer... datang Malaysia senang... penjara lebih baik dari kat Indon dan Filipina tue... makan pon lagi okeh...
Hahahaha....
untung org supply makan tu kan...haha
ReplyDelete