Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

19 July 2013

Lawak Ramadhan Tahap Dewa Jalan Duta

Bhai/DeeDee.... walaupun gua agak sibuk hari nih pasai nak kena setelkan satu server yang kena SYN Flood (suspected on UDP Port 19).. tapi gua sempat jugak jengah kat Sinar Harian.... hahaha... seperti biasa... Sinar Harian nihlah diantara beberapa sumber menghilangkan tensen kerja...

Boleh la jadi bahan lawak Ramadhan tahap dewa jalan duta.... Hahahaha


Memang lawak la aper yang diperkatakan oleh MB Johor si Khaled Nordin yang ntah macam mana la boleh jadi Menteri Pengajian Tinggi dulu aaa...  statement yang selalu dier nih keluar nampak sangat lawak tahap dewa jalan duta.... bengap lagi tak ketahuan...

Sori aaa .... bukan aper... bukan nak kutuk mender pon... cuma statement dier nih sebenarnya tergantung.... dier nak tibai blogger mana aaa... yang kononnya akan memberikan kesan buruk kepada negara.... Hahaha.... Yang biasa tak professional aderlah blogger pro-UMNO.... yang macam PapaGomo lar... hahaha...

Yang mempunyai agenda buruk (jelik dan penuh dengan ke"porno"an) aderlah PapaGomo dan ParpuKari... dan diorang ader agenda tertentu demi mencapai hasrat diorang... PapaGomo jugaklah yang selalu menyamar sampaikan penguatkuasa undang-undang tak dapat nak amik tindakan kepadanyer... Even member-member yang kenal betul dier pon tak ngaku kenal..... hahaha... lawak siot...

Golongan ini memang digunakan oleh kumpulan, organisasi atau individu tertentu untuk mencapai hasrat dan tujuan mereka tanpa mempertimbangkan kesan buruk kepada negara....

Nampak sangat lar Khaled Nordin nih tibai blogger pencacai UMNO/BN nih.... kesian..... hahahaha



JOHOR BAHRU - Perbuatan segelintir pengamal media baru khususnya ‘blogger’ menulis tanpa sempadan menerusi laman blog boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain gagal mematuhi etika kewartawanan, perbuatan itu membuktikan sikap tidak profesional dan mempunyai agenda tertentu demi mencapai hasrat serta tujuan mereka.

“Pengamal media tidak rasmi ini bijak memilih isu yang diketengahkan sesuai dengan keadaan semasa dan mereka sering menyamar hingga menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang.

“Malah, tidak mustahil golongan ini digunakan oleh kumpulan, organisasi atau individu tertentu untuk mencapai hasrat dan tujuan mereka tanpa mempertimbangkan kesan buruk kepada negara,” katanya dalam ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md Jais Sarday pada Majlis Iftar Ramadan Jabatan Penerangan Johor Bersama Pengamal Media Massa, malam kelmarin.

Mohamed Khaled berkata, pengamal media tidak rasmi itu juga sering mengetengahkan isu kononnya tiada kebebasan akhbar di negara ini di samping beranggapan media dikongkong oleh kerajaan.

“Mereka selalu membandingkan media negara ini dengan media luar negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Namun hakikatnya apa yang berlaku di Malaysia, kebebasan akhbar adalah terjamin.

“Dakwaan negara maju bebas dari kawalan kerajaan juga masih samar kerana akhbar atau organisasi media di negara berkenaan dikawal oleh golongan kapitalis yang menjadi ‘backbencher’ kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, pengamal media tidak seharusnya berfungsi seperti blogger yang sering meletakkan kenyataan berunsur desakan dalam blog serta laman sosial yang begitu terbuka penggunaannya dalam kalangan generasi muda.

“Pengamal media bukan hanya wajib mengetengahkan apa yang benar, tetapi juga melaporkan sesuatu berita dengan penuh tanggungjawab dan keyakinan bahawa laporan adalah untuk kebaikan serta kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya,” katanya.

6 comments:

  1. Dah blogger tersebut dapat tumpuan.. :) orang percaya haha.. bloger picisan ramai tak kenai takd aorang ambik port la..

    melalak kat blog takda sapa nak ambik endah hahaha..

    ReplyDelete
  2. 6:59. Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang gaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz).

    bloger tu apa ke benda orang ke kalau orang tertakluk dibawah hukum Allah.setiap apa yang dibuatnya dalam dunya ini hendaklah selari dengan tatacara hidup yang diperintahkan oleh Allah.kalau tak tu yang jadi harubiru.kalau hidup jauh dari agama buat apasaja asalkan hidup.

    ReplyDelete
  3. eh bhai, lu kalau nak panggil gomo kena hormat skit, ada pangkat 'Sir' tu, Sir Azri. Sir dari celah mana pun tak tau la. kalau pelawak otai dulu ok la, wak sir! hahaha

    ReplyDelete
  4. spesis2 blogger umno ni mudah je bhai...upah tembak je,undang2 dunia masih kebal utk penjenayah2 jutawan

    ReplyDelete
  5. setoran manusia asyik meragam itu pun bukan betul sangat Lohmahfuz milik Allah tiada cacat cela.

    ReplyDelete
  6. Bhai/DeeDee Anonymous...
    Hahaha.... glamer sebab buat citer lucah amender... buat banyak dosa jer nak bawak jumpa Allah Taala nanti... glamer kat dunia... tapi pengisian takder... buat jadi bahan bakar api neraka jer.... at least kalu gua melalak kat blog gua pon... Allah Taala nampak... dan tau aper usaha yang gua buat... gua nak cari redha Allah Taala... bukan redha makhluk... ader paham.... hahaha

    Bhai/DeeDee Anonymous...
    Betul tue aper yang lu cakap.... Hidup kena duduk bawah hukum Allah Taala... bukan hukum manusia...

    Bhai Jamie D...
    Ops... Sori... tak tau la plak Queen Elizabeth ader bagi dier knighthood... bagi dier gelaran SIR.... hahahaha

    Bhai/DeeDee Anonymous...
    Buang duit jer beli peluru.... antar orang Asal suruh sumpit jer... hahahaha....

    Bhai/DeeDee Anonymous...
    Sungguh... storan makhluk memang macam tue.... hanya Allah Taala sahaja sebaik-baik tiada cacat cela...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1