Bhai/DeeDee sekalian.... sori... artikel ini terpaksa gua tulis dalam Bahasa Malaysia piawai... sori berbanyak kali.. Ianya ditulis sebagai menyanggah penulisan Ahmad Awang yang diterbitkan di Sinar Harian......
Seperti yang semua sedia maklum, Abdullah Ahmad adalah seorang ahli politik UMNO. Walaupun era beliau telah pudar dalam lipatan sejarah, namun atas dasar beliau merasakan dirinya masih releven dalam percaturan politik, maka ramailah yang taksub dan menelan bulat-bulat penulisan beliau. Saya banyak juga membaca penulisan beliau selama ini dan nampaknya Abdullah Ahmad masih tidak boleh lari jauh daripada paksi UMNO.
Abdullah Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas) pada pandangan peribadi saya sudah tidak relevan dalam suasana politik pasca melenia (pasca 2000). Ini kerana pandangan yang diterbitkan dalam hampir semua penulisannya tidaklah lari daripada mengampu kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional tanpa dapat menyelami kehendak sebenar pengundi dan akar umbi rakyat marhaen yang terlibat.
Umum sedia maklum bahawa kemerosotan teruk UMNO/BN pada PRU13 bukanlah disebabkan kerana Pakatan Rakyat menjadi kuat akan tetapi ianya disebabkan kerana UMNO/BN sudah dilihat tidak releven kesinambungan politiknya serta hala tujunya yang kini nampak jelas dibelenggu rasuah, salahguna kuasa, pentadbiran pincang dan tidak menyelami realpolitik pasca melenia (pasca 2000)
Sebagai contoh, saya ingin mengupas dan menyanggah penulisan Abdullah Ahmad berkaitan dengan isu Pasca PRK Kuala Besut. Apabila membaca penulisan seperti dibawah ini
"Kemenangan BN Rabu malam depan bukan sahaja telah dijangka – kecualilah ALLAH SWT mentakdirkan sebaliknya – tegas 'a successful businessman' kelahiran Kampung Raja, “is a foregone conclusion”"
Memperlihatkan bahawa Abdullah Ahmad yang mengaku sebagai seorang penganalisis politik telah bersikap condong ke satu arah tanpa asas yang kukuh. Umum mengetahui bahawa dalam mana-mana pilihanraya, tiada satupun kepastian yang nyata melainkan setelah pengumuman keputusan oleh SPR, melainkan sememangnya diketahui walau macam-mana sekalipun keputusan pengundian, BN tetap akan menang. Adalah tidak wajar seorang penganalisis politik veteran yang "kononnya" bersikap bebas menjadi semacam mengugut dan mencabar "divine power" untuk mengubah keputusan mana-mana pilihanraya.
Saya melihat terdapatnya kecenderungan Abdullah Ahmad (yang masih lagi ahli UMNO) bersikap cuba melakukan gerakan sabotaj kepada Pakatan Rakyat dengan cara memuji-muji PAS yang "kononnya" akan lebih berjaya jika berjalan sendirian dalam PRU14. Umum sedia maklum bahawa cara sabotaj ini hanyalah mainan para "machai dan balachi" dan bukanlah sepatutnya dimainkan dan dimomokkan oleh seorang ahli politik (penganalisis politik) veteran.
"Kata ramai orang Pas, akan lebih berjaya bersendirian dalam PRU-14 sebab telah kelihatan potensi Politikal Islam yang sederhana cerah di seluruh alam Islam. Tetapi kalau Pas terus dilihat oleh majoriti Melayu/Islam sebagai sebuah parti yang “di prop-up” oleh DAP dan PKR demi 'electoral strategy' mereka maka Pas, parti yang lebih tua dan lebih teruji, akan pada akhirnya rugi 'electorally' seperti telah berlaku padanya dalam PRU-13."
Tindakan Abdullah Ahmad memperkecilkan malah menghina Dr Ahmed Morsi dalam artikelnya memperlihatkan sikap sebenar Abdullah Ahmad dalam perjuangan Islam dan kenegaraan Islam. Sikap memperkecilkan tanpa melihat dari konteks yang lebih global dari segi geopolitikal menjadikan Abdullah Ahmad seorang yang kosong ilmu politiknya. Saya tidak terkejut jika mendapati bahawa Abdullah Ahmad tidak tahu apa yang sebenar-benarnya berlaku di Mesir serta bagaimana berlakunya insiden rampakan kuasa secara ketenteraan.
"jangan seperti Dr Mursi cuba melakukannya di Mesir mengemukakan isu-isu walaupun diminati dan mustahak dari segi ideologi tetapi juga yang dianggap 'divisive'. Prioriti 'Political' Islam, sebelum matlamatnya dilaksana, adalah untuk membawa perpaduan, kemakmuran, stabiliti negara dan rakyat terlebih dahulu."
Pada pandangan peribadi saya, Abdullah Ahmad sebenarnya kurang pengetahuan tentang pengaruh kuasa minyak dan gas serta Israel dalam isu Mesir. Seperti yang saya katakan, mungkin pembacaan dan pengetahuan Abdullah Ahmad hanya apa sahaja yang terhidang di media barat seperti CNN atau melalui Al Jazeera dan Al Arabiya serta kupasan cetek oleh media arus perdana di Malaysia seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Star, Malay Mail dan sebagainya.
Maaf kata, tahap pengetahuan yang cetek inilah yang membuatkan Abdullah Ahmad menulis seperti ayam tanpa kepala dalam penulisannya di Sinar Harian. Sebagai seorang penganalisis politik veteran, sewajarnya Abdullah Ahmad menolak apa sahaja taktik dan teknik merasuah para pengundi di PRK N1 Kuala Besut. Tapi dari penulisannya, saya dapati Abdullah Ahmad semacam bersetuju dengan elemen rasuah "kononnya" atas kepentingan para penduduk dan pengundi di Kuala Besut.
Walau siapa pun kita, selagi mana kita mengaku sebagai seorang Islam yang mukmin, sewajarnya kita sentiasa menolak rasuah dan mempertahankan integriti. Namun sepertimana para pembaca blog ini tahu, saya pernah mengatakan bahawa di Malaysia, memang ramai orang Islam, tetapi terlalu ramai yang bukan mukmin.
Abdullah Ahmad adalah seorang ahli politik veteran, akan tetapi kupasannya terhadap politik (termasuk geopilitik) nampak tidak lebih daripada Ahiruddin Attan sahaja. Tidak mungkin seorang ahli politik veteran boleh berfikiran separuh matang seperti seorang editor media cetak yang terhutang budi atas pangkat gelaran yang diterima. Mustahil sungguh. Sewajarnya seorang yang veteran seperti ini mungkin boleh berfikiran lebih jauh seperti Hishamuddin Rais kalu pun tidak seperti Razaleigh Hamzah.
Kepada Abdullah Ahmad, jika anda atau sesiapa yang rapat dengan anda membaca penulisan saya ini, sila faham bahawa saya sama sekali tidak mengiktiraf mana-mana gelaran atau pangkat yang diberikan oleh manusia. Oleh yang demikian, cukuplah saya memanggil anda dengan nama Abdullah Ahmad sahaja kerana inilah nama yang nantinya akan dipanggil oleh Allah Taala.
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Jalur Gemilang Terbalik Satu Agenda Jahat
- From Taiping With Love
- Makin Bangang
- Mudah Kerja - Salahkan Sahaja Pada Banjir
- Yang meluluskan pelaburan bermasalah sebegini patut disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman
- Chegu Bard mendakwa PMX ditaja 15 tahun berjumlah RM2 billion
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
22 July 2013
6 comments:
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhau/DeeDee semua... Dulu… tanah ini kena serang dengan Chola, Ayuthia, Ligor, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan Indonesia se...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
subjek, prediket cantik. Gua bagi A+. hehehe
ReplyDeletebhai,
ReplyDeleteni geng saluran 1, karat biru, sental pkai clorox pun tak tanggal nye. bak kata mat sabu, jenis gigit mi pun tak putuih tapi dok sokong jugak takdak ketahuan punca.
takpa, geng saluran 1 ni hang tak perlu risau sangat.ketua depa pun dah umur 88, lama mana sangat nak tongkat langit?
biarla depa meroyan.orang muda la ni pun takdak sapa lagi yang kenal dollah kok lanas ni.zaman dah berlalu.....
ni aku tuju lagu wings tajuk 'biarkan berlalu' kat org tua ni.....eh, ada kena ngan tajuk ke? kekeke.....
semua org dolah kok lanas tu pernah di tahan krn oleh tun hussien onn krn apa????????.....org berfikrah mcm tu nak harapkan apa dari dia
ReplyDeleteGua setuju sanggahan lu. Kononnya DKL ni macam ada brand sendiri tulisannya, tapi ampu jugak fikrahnya. Berkarat. Tabik.
ReplyDeletePemikiran DKL ni di 'anuti' oleh sibahagian besar ahli2 UMNO baik muda atau tua karat. semcm satu doktrin bagi ahli umno utk mempercayai 'rangka pemikiran' sebegitu. Dan pemikiran mcm tu pun sebenarnya terpalit gak kepada segelintir pemimpin PR dri PKR, PAS maupun DAP...
ReplyDeleteBai, agak agak ada bonus tak untuk PA :)
ReplyDelete