Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Harun Din. Show all posts
Showing posts with label Harun Din. Show all posts

26 February 2013

Serupa Belit

Bhai.... pada awal suku pertama 2011 kitorang ader membuat "Ops Terjah" ke Rusila... yang salah satu daripada tujuan utama episod terjah "Langgar Hadi" nih aderlah untuk mendapatkan jawapan dari Hadi Awang sendiri tentang kenapa bila didalam Muktamar ceritanya lain... tapi bila didalam Parti... ceritanya lain.... Gua terlibat dengan agenda "Langgar Hadi" nih pasai satunyer nak tau aper jawapan Hadi Awang sendiri...

Kitorang tau yang diorang nih ader agenda lain yang tersembunyi... tapi yer la.. macam mana nak buktikan... sebab tak dapat peluang untuk tanya... mintak masa 5 minit pon tak boleh... sibuk bebenar... sampaikan member gua AdukaTaruna kena tahan dan dibelasah.... Aper yang AdukaTaruna nak tanya kat Hadi Awang gua tak tau dan tak amik tau.. yang gua tau... cuma persoalan yang gua dah passkan kat AdukaTaruna untuk tanya Hadi Awang....

Kenaper isu Kerajaan Perpaduan (UG) nih ader cerita lain... dalam muktamar kata lain.. tapi in realiti citer lain... aper kejadahnyer siap pergi buat deal dengan UMNO teu.... tapi yer la... dari masa tue sampai sekarang orang dok persalahkan kitorang termasuk gua skali... hahaha ... Tapi aper yang kiter citerkan dan persoalkan tue aderlah benda yang benar berlaku....

Kalu tidak takkan la Hassan Ali, Roslan SMS dan Nasharuddin Mat Isa boleh plak buat sesi soaljawab hanya dengan blogger pro-BN..... hahaha... dan itu semua dah jadi sejarah... masa tue gua ingat lagi... semua marah kitorang konon pasai kitorang nak jatuhkan Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa.... hahaha... so... lu tengok sendiri la... aper sudah jadi skarnag.... err... lu orang takmo nak jilat ludah dan kahak lu orang balik ker.... hahaha

Nih... biler beberapa blogger lain dok citer pasai Harun Din, Harun Taib, Nik Abduh dan sebagainyer... gua tak ... gua cuma taji dan persoalkan Hadi Awang jer.... sebab pada gua... yang nih satu... belitnyer tahap ntah la... cerita berpusing-pusing.... depan Pakatan Rakyat ... citer lain.. tapi biler belakang Pakatan Rakyat... citer lain.... aper daa..

Walhal.... yang jadi kapla menggerakkan Kerajaan Perpaduan nih saper lagi kalu bukan Hadi Awang... lu orang nak marah kat gua ... gua tak heran... sebab aper yang gua tuliskan nih dah jadi sejarah... lu cek balik sejarah la... tanya skit kat Nik Abdul Aziz.... tanya dier saper yang jadi kapla Kerajaan Perpaduan (UG) nih....  cam siot jer kan.... serupa belit kalu....


BN ‘kenyang’ jika PAS, DAP, PKR bergaduh, nasihat Hadi

SHAH ALAM, 25 Feb — Pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat (PR) dinasihatkan tidak bertelagah kerana sebarang pertelingkahan yang berlaku antara parti-parti komponen politik pembangkang itu hanya akan memberikan kelebihan kepada seteru mereka, Barisan Nasional (BN), kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi ketika ucapannya dalam majlis pelancaran manifesto PR di sini menegaskan, meskipun parti pembangkang itu turut melalui saat-saat pertelingkahan dan berdebat, ianya tidak akan menghancurkan kemuafakatan yang telah disepakati mereka.

“Kita buktikan perpaduan dalam PR ... walaupun kita berbeza pendapat, bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi apabila mengacau gula, teh dan kopi, kita tidak memecahkan cawan itu,” katanya di hadapan 1,500 perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

“Jika PAS, DAP, PKR bergaduh ... BN yang kenyang,” tegasnya lagi.

Tegas Ahli Parlimen Marang itu lagi, PR juga tidak berhasrat untuk memerintah sepanjang hayat sekiranya berpeluang menawan Putrajaya, sebaliknya bersedia dihukum melalui demokrasi yang adil.

“Jika kita menang kerajaan PR tidak berlagak jadi Tuhan, tetapi kita sedia dihukum dengan demokrasi yang adil.

“Kita juga bukan mahu memerintah sepanjang hayat,” kata pemimpin veteran PAS itu lagi.

Abdul Hadi turut mengulas berkenaan pemberian bantuan sara hidup, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang mana menurutnya bukanlah suatu perkara baru kerana Firaun juga pernah memberikan BR1M ketika memerintah mesia suatu masa dahulu.

“BR1M bukan perkara baru, Firauan pernah bagi BR1M ... kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat, bukan membina rakyat.

“BR1M itu duit kamu, ambil ... kamu (penerima BR1M) bukan ayam, itik ... bagi makan dedak, kita makan ayam itu balik,” katanya.

23 February 2013

Sila Berambus Cepat Dari PAS

Bhai.... Agaknyer aper tindakan kontigensi last minit yang akan UMNO/BN gunakan untuk menarik sokongan pengundi berbangsa Cina...  La nih... UMNO dah mula menakut-nakut orang Melayu Felda dengan sentimen kononnya kalu BN kalah... Cina akan mendapat kuasa besar... siap digunakan cereka "Tanda Putera" sebagai bahan nak takutkan Melayu Felda.... hahaha...

Disatu masa... depan orang Melayu... UMNO akan cakap yang Cina nih bahaya.... abis Ketuanan Melayu... abis Ketuanan Raja-Raja akan hilang... abis orang Islam akan dimurtadkan...... tapi.... biler UMNO berhadapan dengan kaum Cina plak.... dier akan canang... kononnya PAS akan menjadikan Malaysia nih negara Islam sepenuhnya... hudud dilaksanakan... abis la semua orang kena potong tangan....

Betul-betul la UMNO nih memang belit dier samer melampau macam ular... malah lebih hina dari Ular....  gua rasa memang padan pon disamakan UMNO dengan SYAITAN.... sebab kerja syaitan nih.. sana dier hasut camnie... sini dier hasut camtue... kerja setan.... sebijik macam perangai setan/syaitan...

Mmmm.... aper nak jadi la ngan UMNO nih.... gua pon tak paham la.... tapi yang best tue... masih ader lagi alim ulama yang nak ikut lagi cara UMNO yang dah sahih karut marut macam setan nih.... Sampaikan ader pulak yang "kononnya" tinggi ilmu agama.... pon boleh percaya kat UMNO.... hahaha...  siap boleh nak tinggalkan jemaah.... siap sanggup nak tinggalkan kumpulan semata-mata percaya cakap UMNO...

Sebab kononnya UMNO tue samer sebangsa... seagama.... wei.. kalu UMNO tue ramai yang beragama... dier mesti tau kerjabuat dier tue samer macam kerjabuat syaitan.... tapi... itu la... pasai dasar assabiyyah...dasar bangsa.... alim ulama pon boleh terpedaya.... hahaha...

Ini ayat kasar gua...

Lu orang alim ulama semua yang rasa nak blah dari PAS .... gua ucapkan selamat berambus.... keluar la awal-awal... cakap terang-terang... mengaku terang-terang bagi semua orang tau dah paham.... senang ... keluar terus dan jangan cuit sana...kacau sini dalam PAS.... kalu nak berambus... berambus jer la... aper tunggu lagie....  Adernyer lu orang pon buat masalah jer... buat ahli PAS jadi tak ketahuan.... so... aper lagi tunggu la wei...... SILA BERAMBUS CEPAT....

Saper pon yang rasa PAS tak sesuai untuk dier skrang nih... Sila berambus dari PAS dengan segera... Tak kisah la Presiden PAS ka... Timbalan Mursyidul Am PAS ka... Gua tak peduli... Sila berambus.... Finitto.. aper daa....

Berkaitan : Episod Celaka Edisi Petang

Masyarakat Cina diminta sokong BN pada PRU13

BIDOR - Masyarakat Cina diminta memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kerana terbukti hanya kerajaan BN akan terus berusaha memajukan kehidupan rakyat dan membangunkan ekonomi negara.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh yang singkat berjaya merealisasikan beberapa transformasi yang diilhamkan sebaik sahaja menjadi peneraju kepemimpinan kerajaan BN.

Beliau berkata kejayaan itu banyak memberi faedah kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat Satu Malaysia (KR1M) dan Bantuan Buku Satu Malaysia (BB1M).

"Sehubungan itu saya menyeru agar semua kaum di negara ini termasuk Cina menyokong dan mendukung kepemimpinan Perdana Menteri yang akan terus membela nasib rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya di majlis sambutan Tahun Baru Cina Bersama Anggota Sukarela Askar Wataniah Negeri Perak di Taman Bukit dekat sini, semalam.

Kira-kira 2,000 terutama penduduk tempatan di Bidor menyertai majlis sambutan itu.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata semakin ramai kaum Cina menyertai pasukan sukarela Askar Wataniah (AW) kerana menyedari tanggungjawab menjaga keamanan negara bukan terletak kepada anggota tentera dan kaum lain sahaja.

Pasukan itu ini mempunyai 58,384 orang anggota terdiri daripada 4,462 Pegawai dan 53,922 Lain-Lain Pangkat.

Jumlah ini tidak termasuk Pasukan Sukarela dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia dan pada tahun ini AW menyasarkan pengambilan anggota baharu seramai 3,000 orang menerusi pasukan AW yang terdapat di seluruh negara.

"Pada tahun ini, Angkatan Tentera Malaysia memperuntukkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM56.3 juta untuk bayaran elaun kehadiran latihan, elaun perjalanan, elaun pakaian dan bounti atau bonus tahunan kepada anggota AW," katanya.

Kemelut Terkini Kerajaan Perpaduan

Bhai.... tentang persoalan yang gua story semalam iaitu "Siapa yang mufaraqah dari PAS" ... nih gua storykan benda tue..... dulu kita mendengar isu tentang Kerajaan Perpaduan yang telah dicadangkan oleh Hadi Awang dan Harun Din tetapi telah ditolak sepenuhnya oleh Nik Abdul Aziz dan jemaah Muktamar PAS. Selepas ianya ditolak, terus isu ini senyap. Tapi ianya cuma senyap di permukaan sahaja... nanahnya masih lagi merebak keseluruh urat saraf PAS.

Sehinggakan ramai ahli PAS bersetuju dalam diam akan keperluan untuk melaksanakan Kerajaan Perpaduan. Gua tahu tulisan gua ini akan dikecam hebat dan gua akan dimaki hamun oleh ahli-ahli PAS terutamanya yang berlengkar di puncak kuasa dan di Rusila.... Tapi apakan daya... ini adalah realiti... Sebab idea Kerajaan Perpaduan ini datangnya dari Hadi Awang sendiri... maka sebagai Presiden PAS mestilah ramai ahli PAS yang akan menyokongnya...

Kita semua tahu apa kesudahan yang berlaku kepada Hassan Ali... dulu masa gua dan beberapa blogger lain seperti Penarik Beca, Tulang Besi, AdukaTaruna dan lain-lain menghebahkan siapa Hassan Ali yang sebenar... ramai ahli PAS terutamanya yang duduk di Rusila melenting dan bising... marahkan kitorang... siap ader yang menuduh kitorang nih parasit yang nak menjatuhkan Hassan Ali .... tapi... terbukti aper yang kitorang storykan tue benar belaka.... what say you... hahaha... Tapi ... sampai hari nih... geng-geng Rusila masih kata Hassan Ali dikhianati oleh kitorang.... betapa bodohnyer diorang nih.... hahahaha

Lepas tue... kitorang citer tentang Nasharuddin Mat Isa.. itupon jadi isu gak... siap kata kitorang nih anti-ulama la... anti orang agama... pro Erdogan la... macam-macam.... walhal... isu Nasharuddin Mat Isa nih pon samer hampehnyer dengan Hassan Ali.... hahaha....  Tarak boleh pakai....

Hahaha.... sekarang kecoh tentang Harun Din.... Sori.. gua malas nak kepoh pasai Harun Din... bukan pasai gua sajer nak lepaskan dier... tapi... from the day one... dari awalan lagi gua dah tau peel dier... Semenjak dua menjak yang gua perhatikan... dan maklumat dalaman yang gua tahu...

Kalu lu orang nak tau... dalam kes yang sepatutnya dibicarakan kes Nasharuddin Mat Isa yang akhirnya tak jadi tue... sampaikan Nik Abdul Aziz blah camtue jer keluar dari mesyuarat dengan alasan tak sihat tue...... yang menghilangkan agenda nak bincang pasai Nasharuddin Mat Isa nih aderlah Harun Din sendiri dengan sokongan Harun Taib dan beberapa orang ahli Majlis Syura Ulama PAS... Okeh...


So... sekarang nih aper cerita.... masih lagikah ader agenda Kerajaan Perpaduan..... hahahaha... yang itu masih ader lagi bhai... cuma diorang terpaksa cool down skit.... diorang akan tengok macam mana keputusan PRU13 nanti.... tapi....  hehehehe

Tapi yang sekarang nih.... diorang buat initiative baru.... diorang beramai-ramai amik keputusan buat perkumpulan baru... ala-ala third force lar... yang mana diorang tidak akan bersama dengan PAS (walaupun diorang tak keluar dari PAS) dalam PRU13 nih kalu PAS masih bekerjasama dengan DAP dan PKR.... diorang sudah terpengaruh dengan agenda UMNO/BN yang mengatakan kalu Pakatan Rakyat menang... DAP dan CINA akan berkuasa... dan PAS akan terpaksa tunduk kepada DAP...

Malah yang lagi best tue.... diorang khabarnya sudah percaya yang Anwar Ibrahim telah melakukan zina dengan perempuan Cina seperti dalam video tayangan Dato' T ... sebab itulah pada pandangan diorang nih.. diorang tak mahu bekerjasama dengan pemimpin yang tak bersih macam Anwar Ibrahin.... hahaha... gua gelak besar jer... sebab boleh plak diorang nih nak bekerjasama dengan pemimpin dari UMNO/BN yang memang terkenal kaki maksiat berbagai.... hahaha...

Sebab itu la diorang nih... takder sorang pon (cuba lu bagi bukti kat gua) yang ader komen dan bising pasai kes Chua Soi Lek hina Islam itu hari.... hahaha... dah nak masuk 4 bulan lebih dah... Harun Din, Harun Taib, Ismail Kamus, Tuan Ibrahim dan ramai lagi senyap jer tak kedengaran bunyi.... hahahah

Nasib baik la Ahmad Awang, Nik Aziz ader bising pasai nih.... Hadi Awang pon takder komen mender pon.... hahahaha...

So.... siapakah watak misteri yang gua janjikan nak kasitau tue... yang citernyer dier nih pon dah sekepala dengan agenda Harun Din dan Hadi Awang..... hahaha...... siapa lagi... nama dier ader gua tuliskan kat dalam artikel nih.... hahaha... lu carik la.... hahahaha

Kalu susah sangat nak carik... hahaha... okeh... gua bagi klue....  dier ader kaitan dengan Google Translate..... hahahaha ..... dan khabarnya dier akan bertanding melawan kawan baik dier pada PRU13 nih..... hahahaha

Berkaitan : Siapa yang mufaraqah dari PAS

10 January 2013

Nasharuddin Mat Isa Sahkan Hadir HKR112

Bhai.... Semua Ulama PAS akan hadir pada HKR112 .... Itu kata Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat..... Gua cuma musykil.... aderkah semua ahli Majlis Syura Ulama PAS akan hadir.... Errr... Sudahkah Nasharuddin Mat Isa sahkan untuk hadir HKR112 Sabtu nih.... Ader korang dengar aper-aper statement dak dari Nasharuddin Mat Isa.... Takkan dier tak bagi komen mender kat Utusan Syaitan Malaysia kot..

Lagi satu... Ulama kecik macam Nik Abduh akan turun jugak ker... hahaha.....takkan la dier tak turun kan... mesti la dier turun HKR112..  sebab bapak dier pon turun.... Kalu lu jumpa dier kat HKR112 nanti... boleh la tanya dier... biler dier nak umumkan pendapatan dan aset dier... atau ker dier takmo nak jadi Calon PRU13 nanti... Ader chan la kiter tengok Nik Abduh lead geng-geng Ulama muda dalam PAS berarak.... berdemo.... mungkin dier akan jalan bersekali dengan Ahli Majlis Syura Ulama PAS si Nasharuddin Mat Isa yang akan lead team pengundi dari Parlimen Bachok.....


Lagi satu.... gua cukup teringin skali nak tengok Ulama-Ulama pentas turun pi ikut sama gelombang rakyat yang mahukan perubahan... Selalu tue stakat dengar jer cakap gempaq giler atas pentas... suruh rakyat berubah... suruh rakyat tuntut perubahan... suruh rakyat menggerakkan massa.... tapi.. haram... hampeh... Ulama Pentas nih haram tak turun samer....  Aper kata Harun Taib pon turun skali... Aper kata Harun Din turun skali pi demo HKR112 ... boleh la Harun Din lead team dari Perlis kot.... ... Aper kata kalu beberapa Ulama lain turun samer... Ader chan la kiter tengok Azizan Razak lead peserta dari Kedah kot... hahaha

Gua tau Ahmad Awang memang slalu turun... gua tau Hadi Awang slalu turun..  gua tau Nik Aziz pernah turun.... Tapi... ulama dan golongan ustaz dalam PAS cukup ramai... memang ramai... tapi banyaknyer stakat gempaq kat ceramah... kat pentas.... kat mesyuarat parti.... sip mulut berbuih kuarkan ayat Al Quran itu ini... yang sabitkan perjuangan...... tapi biler suruh pi berjuang yang paling simple... macam demo nih... haram terus kecut telor...  macam-macam alasan dibagi...

Pernah gua dengar ayat paling best... diorang cakap... perjuangan berdemo nih elok la bagi orang muda-muda... diorang dah tua... dulu diorang dah berjuang berdemo.... tapi... takder satu rekod pon yang pernah membuktikan diorang "walk the talk" .... diorang tak pernah pon pegi mana-mana demo... abis kuat pon cuma angkat bendera masa kempen penamaan calon pilihanraya jer....

Gua tak kira... gua nak tengok sangat geng-geng berserban dan berjubah labuh dari Rusila dan dalam PAS yang ramai tue turun pi HKR112... jangan gebang gempaq la .... kalu sendiri takmo nak turun.... Tapi... kalu gua tak nampak geng-geng nih turun.... gua rasa... mau gua carutkan diorang nanti kalu gua nampak diorang gebang kuat kat atas pentas ceramah PAS pasai perjuangan....

Takut nanti ader ramai Ulama PAS yang akan jadi macam Ibrahim Ali... stakat gempaq atas pentas jer... lepas tue duduk celah kangkang dalam selimut.... hahahaha

*** Sori... dah lama rasa nak maki... tapi disaborkan... cuma kali nih dah tak dapat nak bendung lagi...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1