Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

04 May 2020

Melayu Dan Boikot?

Bhai/DeeDee semua...

Gua gelak jer biler ader kempen boikot Jakel sedang dibuat oleh sekelompok orang Melayu yang marah benar biler Melayu kena kutuk.... Hahahaha.... tipikal Melayu... memang mudah naik angin... Inferiority Complex .... Hahaha

Walhal.....

Pengasas Jakel tue lahir di Malaysia....  tapi Zahid Hamidi yang dipuja puji tu lahir di Ponorogo Indonesia.... Mak bapak pengasas Jakel tu dari India.... Mak bapak Zahir Hamidi tu dari Indonesia....

Hahaha.....

Melayu.... punya la lekeh sampai... boleh angkat Rohingya macam Long Tiger jadi Ayahanda.... Boleh angkat jadi ketua.... hahahaha

Melayu marah kat Jakel... tapi cuba bagitau satu nama kedai kain terbesar milik Melayu??? Kat Terengganu... kedai kain mostlynya milik Kemboja.... Hahaha... apa ader pada Melayu... kedai emas pun milik Mamak... Habib Jewels.... hahaha....

Melayu cuma pandai berniaga Kosmetik Timbang Kilo ja....... hahahaha....

Melayu.... Hahahaha

03 May 2020

Betapa Karutnya Islamik Financing

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih gua dah lama pertikaikan.... bagaimana Islamic Financing sebenarnya lebih celaka dari Conventional Financing.... teruk betul kena main... riba tetap ader... dan sekarang disebabkan Moratorium nih... kita dah kena dua kali riba....

Bhai.... Riba tu berat bhai.... dosa bhai... dalam konteks di Malaysia nih.... susah benar kita nak mengelakkan riba nih..., Melainkan kita hanya guna tunai dan takder beli apa-apa aset secara hutang.... semuanya beli dengan tunai....

Huuhuhu....

Allahuakbar.... moga Allah Taala mengampunkan kita semua...


02 May 2020

Jangan Gaduh-Gaduh

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Ramadhan masa PKP nih jangan gaduh-gaduh lar... okeh... be cool.... Hahaha


01 May 2020

U-Turn Selagi Boleh

Bhai/DeeDee semua...

Gua sekadar nak buka mindset lu orang... so sila baca betul-betul....

1. Pada 25 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan penangguhan pembayaran secara automatik pinjaman perumahan dan kereta selama 6 bulan kepada semua rakyat Malaysia.

2. Nilai yang ditanggung bank adalah sekitar RM100 bilion. Sebab itu pakej Stimulus kedua PRIHATIN berjumlah RM250 bilion kerana hampir separuh daripadanya adalah daripada nilai moratorium.

3. Kita diberitahu bahawa bank-bank mempunyai kecairan yang mencukupi bagi melaksanakan dasar ini. Tambahan pula, bank turut dibenarkan beroperasi di bawah kadar minima 100% Liquidity Coverage Ratio (LCR).

4. LCR merupakan satu 'quantitative requirement' yang memerlukan bank memegang aset-aset yang berkualiti tinggi dan cair bagi menempuh tekanan kecairan yang tinggi selama 30 hari. Jadi bank tidak terikat untuk memegang aset-aset tersebut untuk memenuhi piawaian 100% LCR.

5. Bank Negara berjanji akan memastikan wujudnya kecairan yang cukup kepada bank-bank melalui operasi pasaran terbuka, seperti jual beli reverse repo.

6. Pinjaman Perumahan, pembelian saham dan amanah saham akan turut dilonggarkan.

7. Ini bermaksud kesemua langkah ini dapat mengurangkan kesan kepada pendapatan bank ekoran perlaksanaan moratorium 6 bulan kepada jutaan rakyat Malaysia.

8. Lebih-lebih lagi moratorium ini bersifat automatik. Orang ramai tidak perlu apply. Hanya duduk rumah diam-diam. Mak cik Kiah boleh menarik nafas lega.

9. Bagaimana pula dengan kadar faedah selama 6 bulan moratorium ini? Untuk pinjaman kereta, tidak ada bayaran faedah tambahan manakala pinjaman perumahan bergantung kepada bank.

10. Selepas sebulan, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kenyataan bahawa moratorium untuk pinjaman kereta dan pinjaman produk Islamik tidak lagi automatik dan orang ramai perlu memohon kelulusan dari bank.

11. Mereka yang ingin terus menangguhkan pembayaran akan dikenakan bayaran faedah. Bermaksud peminjam akan bayar lebih. Ini berbeza dengan pengumuman sebelum ini.

12. Jika peminjam tidak mahu membayar faedah lebih, mereka boleh membuat bayaran sederap 6 bulan pada bulan ketujuh selepas tamat 6 bulan moratorium.

13. Ini tidak masuk akal. Hanya orang kaya yang berpeluang mengambil pilihan ini. Yang golongan kebanyakan, marhaen? Tidak ada pilihan selain bayar lebih.

14. Asas kepada langkah moratorium untuk memastikan rakyat boleh bernafas dan terus berbelanja apabila pendapatan mereka hilang kerana perintah berkurung.

15. Bagi mereka yang masih ada kerja dan gaji masih sama, bolehlah mereka menabung dan menyimpan hasil daripada duit 6 bulan tak perlu bayar pinjaman.

16. Kini nampaknya situasi sudah berbeza. Kerajaan melalui BNM telah membuat pusingan u-turn.

17. Sama ada mereka tidak kaji masak-masak sebelum membuat dasar ini ataupun mereka tunduk kepada desakan bank-bank di Malaysia.

18. Untuk makluman, hari ini saham Maybank naik 2.16%, CIMB naik 2.37% dan RHB 2.59% selepas pengumuman ini dibuat. Nampaknya pasaran melihat pendapatan bank akan lebih masyuk meskipun ada 6 bulan moratorium.

19. Tahniah bank. Kasihan Mak Cik Kiah.

BNM Terlepas Pandang

Bhai/DeeDee semua...

Giler aaa biler BNM boleh mengaku diorang terlepas pandang dalam isu Moratorium pinjaman yang berkait dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nih...

Lu bayangkan lar.... Bank Pusat Malaysia iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) boleh terlepas pandang benda yang cukup besar nih... Bayangkanlah BNM boleh membuat silap sebesar ini... Bayangkan lah...

Kalu benda sesimple Moratorium boleh BNM terlepas pandang... agak-agak lu aaa... ader tak yang lain yang BNM terlepas pandang... benda-benda yang lagi besar ..... pergh... naya bhai.... Gabenor BNM dan semua Timbalan dan Naib Gabenor yang ramai tu buat apa??

Penasihat Kewangan dan ramai lagi pegawai atasan dalam BNM buat aper?? Tido ka??

Atau memang sebenarnya tak terlepas pandang pun.... memang sengaja bagi dasar yang mengelirukan....  Sebab dasar kapitalis..... memang la kita tahu BNM bukan ader telor pun ... bukan ader taring pun bila berhadapan dengan bank-bank komersial yang ader dalam Malaysia....

Adoilah.... memalukan....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1