Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

01 January 2023

Ini Ke Kualiti Menteri Dalam Kabinet Anwar Ibrahim?

Bhai/DeeDee semua...

Rakyak susah hati.. Rakyat takmo kena PKP lagi... Rakyat taknak harungi masalah dengan Covid-19 lagi.... Rakyat dah serik... Rakyat dah penat...

Ini ke kualiti Menteri dalam Kabinet Anwar Ibrahim??? Adoilah... sekor-sekor Menteri Kabinet macam hamlau... adoilah... macam mana la Anwar Ibrahim boleh pilih mangkuk-mangkuk nih jadi Menteri???

Patutnya sebagai Menteri... kena utamakan rakyat dulu... kepentingan rakyat dulu... keselamatan rakyat dulu... betul la kita perlukan untuk merancakkan ekonomi... tapi kali ekonomi tue datang bersama dengan masalah dan wabak... itu bodoh namanya kalu masih dibenarkan masuk... bangang nak mampos...

Kalu Menteri nih dengan sanak sedara dier nak mampos... lantak dier la... rakyat taknak tau...

Tapi rakyat nakkan keselamatan... rakyat nakkan keterjaminan ... rakyat taknak wabak masuk... Bab mana yang bangkai-bangkai Menteri nih tak paham ni??? Tak reti Bahasa Malaysia ka?? Awat nak kena keluar statement dalam Bahasa Cina?? Dah jadi Menteri tue... utamakan la Bahasa Malaysia ... kalu tak reti Bahasa Malaysia...  pi masuk kelas balik ... belajar...

Rakyat nakkan keselamatan dan penghindaran dari kesan wabak Covid-19 yang sekarang nih sedang merebak di China.... 

Ader paham ka??? 
Anwar Ibrahim nih pekak ka??? Adoilah...



Menteri Pelancongan, Tiong King Sing meminta orang ramai berhati-hati terhadap komen mereka berhubung ketibaan pelancong dari China susulan pembukaan semula sempadan negara itu.

Ini berikutan kebimbangan kedatangan pelancong dari China akan menyebabkan peningkatan semula kes Covid-19 seperti yang dihadapi negara itu ketika ini.

Dalam catatan di Facebook yang ditulis dalam bahasa Cina hari ini, Tiong berkata pelancong dari China tidak sewajarnya merasa tersisih untuk datang ke negara ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa semua orang supaya berhati-hati dalam kata-kata dan tindakan anda, jangan membuat komen yang tidak mesra sebelum anda mengetahui gambaran penuh.

“Jangan merosakkan persahabatan antara Malaysia dan China, atau wujudkan tanggapan bahawa kita tidak mengalu-alukan kedatangan pelancong dari China,” katanya.

Dia menambah sebarang persoalan atau keraguan perlu dibangkitkan melalui "saluran yang betul" bagi mencapai situasi menang-menang.

Awal bulan lalu, China menamatkan dasar "sifar-Covid" bagi membendung wabak berkenaan dengan pembukaan semula sempadan negara ini.

Bagaimanapun, penamatan dasar sifar-Covid turut menyaksikan peningkatan kes dan kematian di China akibat wabak yang disebabkan oleh subvarian Omicron, BA.5 yang lebih berbahaya.

Timbul kebimbangan Beijing tidak memaklumkan mengenai penularan sebenar Covid-19 di negara itu ketika ini, di mana bilangan kes baru dipercayai oleh beberapa pakar berjumlah jutaan setiap hari.

Cakap Tak Serupa Bikin

Bhai/DeeDee semua...

Jokowi ader mensyaratkan supaya kakitangan awam Indonesia kena kawal tindakan mereka dihadapan umum terutama dari segi gaya dan penampilan... Jangan terlebih gaya yang menunjukkan mewah berbanding dengan pendapatan sebagai kakitangan awam... takut nanti dikatakan oleh rakyat sebagai tak berhemah... patut utamakan produk tempatan berbanding produk luar

Tapi....

Tapi Isteri Jokowi sendiri pun taknak ikut saranan Jokowi tue.. Isteri Jokowi sendiri pun terlebih menggayakan produk luar yang harganya puluhan juta rupiah dalam satu insiden... Harga yang dilihat mahal dalam konteks di Indonesia... Adoilah... Kalu isteri sendiri pun tak buat apa yang disarankan... apa nak diharapkan la....

Contoh.. masa anak Jokowi berkahwin baru-baru nih... dilihat terlalu mewah segala urusan perkahwinan tue... malah siap menggunakan khidmat kakitangan awam bagi melaksanakan proses kenduri dan segala terkait program perkahwinan tue...

Nampak sangat cakap tak serupa bikin....

Nih gua buat seumpama peribahasa "pukul anak sindir menantu" tau.... 

Takkan la camnie punya ayat pun Walanon dan Bangsa Slurpp akan trigger... Adoilah... kalu trigger gak... memanglah lagi tisu dari Walaun dan Macai... Hahaha


Penampilan isteri Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang sering dilihat mengenakan barangan fesyen berjenama telah mencuri tumpuan ramai orang, lapor laman berita Suara.com.

Iriana Jokowi kembali menjadi tumpuan apabila tampil menggayakan jaket mewah berharga puluhan juta rupiah ketika menemani suaminya ke Pulau Sumbawa, Nusa Tenggara Barat (NTB) semasa perasmian Empangan Beringin Sila Khamis lalu.

Beliau yang cuba menangkap ikan di tepi empangan dilihat memakai jaket parka berwarna biru laut dengan seluar biru dan tudung putih. Apabila disiasat, jaket itu berasal daripada jenama mewah Perancis, Louis Vuitton.

Berdasarkan laman web Louis Vuitton UK, Jaket dengan nama Broderie Anglaise Monogram Parka itu berharga sekitar 67.4 juta rupiah (RM19,070).

Sementara itu, di laman Louis Vuitton yang lain, jaket yang habis dijual itu berharga sekitar 75.5 juta rupiah (RM21,362).

Louis Vuitton merupakan jenama mewah di dunia yang diasaskan pada tahun 1854. Syarikat itu kini dimiliki oleh Bernard Arnault yang tersenarai sebagai salah seorang manusia terkaya di dunia.

Fesyen Iriana Jokowi didakwa bercanggah dengan saranan Presiden Jokowi yang melarang pegawai Polis Indonesia daripada menonjolkan gaya hidup mewah.

Jokowi malah meminta rakyat Indonesia menyekat penggunaan produk import dari luar negara, namun sebaliknya mencintai dan menggunakan lebih banyak produk tempatan.

“Semua orang perlu ada rasa krisis yang sama. Saya ingatkan mengenai gaya hidup, jangan biarkan ia bermegah-megah di tengah situasi yang sukar kerana wujudnya kecemburuan sosial ekonomi. Saya ingatkan anda untuk berhati-hati,” kata Jokowi kepada polis di seluruh Indonesia pada 14 Oktober lalu.

Tindakan Bijak Maghribi

Bhai/DeeDee semua...

KP Kesihatan kata tak ada masalah kalu pelancong dari China datang.... Malaysia ada plan untuk kawal... Tak ada masalah kalu Pelancong dari China datang sini....

Gua cuma nak cakap ... "Kepala Hotak Dier" la...

Biler jadi masalah nanti.... macam-macam la cekadak ... PKP la... kuarantin besar-besaran la... sekatan la... Last-last semua bisnes sangkut... kerja tak dapat buat... nak carik makan pun susah... Dier dan kakitangan awam takper la... gaji langsung tak sangkut....

Bangkai la...

Tengok Maghribi... depa pandai plan... tak rugi pun kalu tak terima pelancong dari China... yang penting satu negara selamat.. satu negara ekonomi masih boleh bergerak... Malaysia nih pikir untung sesetengah pihak ja... yang lain pegi mampos...

Bangkai la...


Maghribi bakal mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari China mulai 3 Jan berikutan peningkatan kes Covid-19, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Sabtu.

“Pihak Berkuasa Maghribi memutuskan untuk melarang akses ke wilayah Maghribi kepada semua pengembara yang datang dari China tanpa mengira kewarganegaraan mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu.

Keputusan itu dibuat untuk mengelakkan gelombang penularan baru di negara itu.

SOP Kelaut

Bhai/DeeDee semua...

Maaf cakap la.... dari gambar yang terpapar nih... apa yang gua dapat simpulkan adalah SOP keselamatan bagi litar nih memang kelaut...

Takder safety barrier .. takder halangan untuk penonton atau krew melintas... 

Agak pelik jugak... sebab kalu nak buat sesuatu litar tue... kita kena pastikan semua SOP Keselamatan di buat, di teliti dan di pastikan sesuai... Takkan Pesuruhjaya Sukan Permotoran tak amik port bab nih... Macam macam boleh krew berada rapat dengan kawasan litar tanpa safety barrier??

Adoilah....

Apa pun... Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun


Seorang penonton yang dilanggar sebuah kereta lumba yang terbabas semasa pertandingan “CCT Battle of Champion” di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah, 75km dari Ipoh meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan semalam.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa lelaki berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan pada pukul lima petang.

“Hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa yang juga pengusaha bengkel kenderaan di Kamunting meninggal dunia disebabkan kecederaan di kepala dan pendarahan di bahagian paru-paru.

Siasatan sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,”

Ala ... Macam La Tak Biasa???

Bhai/DeeDee semua...

Puluhan tahun rakyat dah diperdaya... rakyat dah dikencing oleh bukan sahaja bekas PM, bekas Menteri Kewangan... tapi dengan segala Menteri, Timbalan Menteri sampailah ke peringkat Negeri.... Ramai yang makan duit... ramai yang songlap...

Benda nih semua berlaku selepas pemerintahan Perdana Menteri Pertama... Tunku Abdul Rahman.... 

Selepas dari zaman Tunku... semua dah start tabley pakai... semua dah start makan duit.... Buat program Felda ratusan ribu hektar tanah hutan dara ditebang dan ditebas ... abis semua balak diangkut.... mana pergi duit balak tue?? Mana pergi duit hasil hutan tue...... masuk kantung mana?? masuk poket siapa?? berapa ratus juta untung masa tue???

Bila mati... jenuh orang pelik mana datangnya ader duit banyak secara tunai di rumah... Huhuhu

Itu baru sorang.... belum lagi yang lain... banyak oooo.... ingat sikit ka... ini baru satu contoh ja... contoh pembersihan hutan zaman tue.. balak punya la besar... kayu jati... kayu cengal.. kayu meranti... kayu berlian... semua mahal-mahal belaka...

Sebab itu tak hairan bila semua bekas Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri. Timbalan Menteri, Ketua Menteri sampailah ke level Menteri Besar dan Exco takder yang miskin papa kedana.... 

Semua mesti kaya raya... kontrak, tender, projek, pink-form saham dan sebagainya... dibolot dan diagihkan sesama mereka.... semua sama jer makan kiri kanan atas bawah... siap letak atas nama anak bini dan keluarga...  siap ader harta di dalam dan di luar negara.... boleh makan 15 keturunan.... huhuhu

Dan masa yang PM10 jadi Timbalan Perdana Menteri dulu pun.... berapa banyak tanah yang bapak dier dapatkan untuk partner bisnes dier di IOI .... tatau la cara mana depa dapatkan tanah ratusan ribu hektar mudah-mudah jer... bayar premium tanah pun murah.... mudah dan murah benar.... 

Huhuhuhu ..... 

p/s Mesti gua akan kena kecam dek Walanon dan Bangsa Slurpp lepas nih... Hahaha

Jangan Lupa Punggah

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan akan menamatkan amalan rasuah yang didakwanya menggunakan kepimpinan politik dan kedudukan dalam kerajaan sebagai “kesempatan untuk memunggah kekayaan."

Walaupun Anwar tidak menyentuh secara langsung pentadbiran atau nama orang yang dimaksudkannya namun dia menyebut pihak itu sebagai “pernah menjadi menteri kewangan” dan “bekas perdana menteri.”

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1