Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 October 2014

Betul Ke Tidak??

Bhai/DeeDee semua....

Sila baca artikel nih yang gua rembat dari Sinar Harian.


SHAH ALAM - Satu mesej tersebar melalui aplikasi WhatsApp menyatakan telefon pintar orang awam sedang dipantau oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Mesej berkenaan berbunyi "Perhatian!! Sila tekan pada skrin HP anda *#06#.. Dan jika dia hanya keluar IMEI, HP anda selamat... Dan jika dia keluar/01 bermakna HP anda sedang dipantau oleh PDRM. Jika /02 HP anda sedang dipantau SPRM.

Mesej berkenaan dikatakan mula tersebar kira-kira dua hari lalu.

PDRM menafikan pihaknya sedang memantau nombor orang ramai yang menggunakan telefon pintar.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad menerusi laman rasmi Facebook PDRM menjelaskan dakwaan itu tidak benar.

“Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat ini.

“ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat,” katanya.


Hehehehe.......

Betul.... PDRM memang tak pantau telefon pintar lu orang..... tapi PDRM cuma pantau perbualan dan teks dari komunikasi telefon mudahalih dan talian tetap lu orang jer.... Jadi memang PDRM tak pantau telefon pintar .... cuma diorang pantai komunikasi jer..... Hahahaha ...

Dah bertahun dah diorang buat benda nih.... dan Agensi yang pernah gua berkhidmat pon ader buat benda yang sama gak..... Hahahaha.... aper ader hal..... aper mau kecoh.... hahaha  .... Rajin-rajin la lepak kat Subang Hitech ...... hahaha

30 October 2014

Penangan Kandang

Bhai/DeeDee semua....

Ader orang masuk kandang tertuduh .... ader orang masuk kandang saksi..... ader orang plak masuk kandang khinzir masa buat lawatan sambil belajar kat oversea..... Hahahaha..... Ini semua kandang.....  Kalo sakit kat Singapura plak.... masuk gak ke kandang.... tapi Hospital Kandang Kerbau..... Hahahaha

Yang masuk kandang tertuduh tue..... gua kureng respek..... Hahahaha..... sebab banyak kona sana sini..... Tapi bab pertuduhan tue gua memang tak stuju.... sebab nampak sangat fabrikasi..... Jadi gua sokong ikut tajuk ja..... Kalo pon mamat tue lepas daripada pertuduhan.... lima enam tahun lagi mesti akan ader tuduhan baru la plak..... itu dah nasib dier.... hahaha ... Aderlah lebih baik dier buat seperti mana yang dier pernah janjikan..... iaitu dier bersara dari politik...... Hahahaha

Cukup-cukup la tue keluar masuk mahkamah bawak citer yang sama... dah dekat 20 tahun dah....  cukup la..... takkan la nak jadikan bahan nak masuk Guinness World Record kot.... Hahaha....

Yang masuk kandang saksi plak..... yang nih pon gua tak respek.... Hahaha... bukan pasai aper... pasai mulut cabui sangat.... dier ingat dengan label dan kasta jubah/sarban yang dier gunakan... orang akan percaya aper yang dier cakap buta-buta..... giler ker aper buat tuduhan takder brani nak kasi bukti... Kalo betul ader bukti tepat.... masa nih la (kat Mahkamah) nak tunjuk dan dedahkan sumer.... Hahaha... Tapi nak buat camana.... bukti yang dier kata dier ader pon fabrikasi gak..... Hahahalusinasi dier jer.... Hahaha ...

Gua percaya aaaa..... mamat yang kat kandang saksi nih mesti dah mati akai tak tau nak belit mana lagi lepas nih.... iyer la.... Mahkamah bukan macam tapak ceramah.... Kalo ceramah.... citer la aper sajer pon mesti ramai yang percaya..... Janji wala' kepada kasta jubah/sarban mesti ader..... hahahaha.....

Kalo lu orang nak tau la...... mamat yang ader kat dalam kandang saksi nih mana pernah kena soalsiasat tahap dewa jalan duta pon selama nih.... mana pernah kena investigate yang ekstrem .... mana pernah kena belasah masa soalsiasat.... Jadi mana ader pengalaman ...... itu sebab dier banyak fail masa kena soal ngan peguam ....

Mamat nih mana pernah kena apa-apa dugaan dan ujian besar selama nih.... Nih baru skali Allah Taala takdirkan dier kena..... Tapi kena yang minor jer lagi tue.... kalo nak compare dengan Dr Burhanuddin ka.... Ahmad Boestaman ka.... mesti jauh panggang dari lighter.... Hahahaha  .... Tapi kan.... ader pengikut dan penyokong dier yang jenis totok tetap mengatakan yang ujian yang mamat nih kena sama level dengan aper yang kena pada al-Syahid Hassan Al-Banna ....... hahaha... lawak siot.....



Hahahahaha.......

Berkaitan : Ahli Parlimen London , Perhimpunan Ahli Perasan , Banyak Duit Aji

29 October 2014

Beberapa Tahun Dulu

Bhai/DeeDee semua...

Beberapa tahun dulu (tak lama mana pon) gua pernah membawa beberapa pelabur asing dari Kourou (French Guyana) yang nak buat survey lokasi tapak pelancaran angkasalepas bagi satelit baru yang berhampiran dengan garisan Khatulistiwa (sebab kos pelancaran akan jadi lebih murah jika lagi dekat tapaknya dengan garisan Khatulistiwa)...

So kami cari kawasan yang airspace dier seluas paling kurang 25 km radius bebas daripada laluan trafik udara serta hampir dengan laut. Dan gua ader bawak diorang kat satu kawasan nih... Kalu ikut knowledge yang gua ader kawasan ini cukup berdaya maju... Dan pendapat ini disokong oleh pelabur asing tue.. Kami memang survey kawasan tue dari darat dan udara...

Lokasi terbaek yang strategik serta mudah akses. Kos pemerolehan tanah pula agak rendah iaitu sekitar RM2.50 sekaki persegi. Tetapi....

Tetapi biler kertas cadangan telah dibuat dengan lengkap dan diajukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan... Tetiba jer ader pihak ketiga yang menuntut hak kononnya tanah lokasi tersebut dimiliki oleh syarikatnya walaupun pada sebelum kertas cadangan dikeluarkan gua memang dah semak taraf pemilikan tanah tersebut yang memang milik Kerajaan Negeri sepenuhnya.. 

Tapi biler sudah diberikan proposal lengkap... Ader plak mamat mana ntah declare tanah tue milik syarikat dier... Kononnya syarikat itu ader share dengan golongan "bangsawan".. Yang lagi pelik... dalam rekod pemilikan tanah di PTG gua dapati bahawa tanah tersebut dah jadi milik penama tue (syarikat tue) hanya 5 hari selepas gua serahkan proposal lengkap untuk projek tue yang diserahkan ke PTG untuk diberikan kelulusan...

Dan harga kalo nak beli tanah tue daripada syarikat mamat tue sudah jadi RM42 sekaki persegi... Ater memang gampang makan atas angin nih...

Persoalannya... Macam mana plak syarikat mamat nih boleh memiliki tanah tue dalam masa yang hampir sama dengan proposal kami... Yang best tue saiz lot serta plan boleh plak sama ngan proposal kami... Biler syarikat mamat nih masuk pembelian... Dan berapa dier bayar premium tanah...

Last skali kami kenselkan projek tue pasai itu pemerolehan tanah tue dan pelabur yang gua bawak tue bersetuju untuk membangunkan satu sistem "seabased launch platform" yang boleh dipindahkan bila perlu kepada kawasan berhampiran dengan garisan Khatulistiwa...

Daripada boleh untung negara nih dengan perpindahan teknologi pelancaran angkasalepas dan peluang pekerjaan yang baik dan ramai... Terus takder peluang... Hanya kerana ader mamat sekor yang tamak haloba guna kabel untuk bypass projek atas nama kerabat bangsawan Istana.... Bodoh punya Melayu...

Memang bangsat...

26 October 2014

Elok Sangatlah Tue...

Bhai/DeeDee semua...

Elok sangatlah tue biler Amerika Syarikat tawarkan teknologi loji tenaga nuklear diorang kepada Malaysia... Kiter kan nak sesangat permindahan teknologi... Biar pon teknologi tue boleh membahayakan Malaysia.... Hahaha... Bodoh betul lar...

Ekosistem sedia ader di Malaysia masih lagi tak dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan penjanaan elektrik.... Terus jer ader orang bodoh dengan Menteri bangang yang nak implement Loji Janakuasa Nuklear...

Wei... Sistem Hidro pon tak pernah dimanfaatkan sepenuhnya... Sistem Solar dan Wind pon tak pernah diimplementkan semaksima yang boleh... Malah sistem perolakan ombak laut dan geothermal pon tak pernah TNB nak implement... Lagi mau sembang nak guna Nuklear untuk generate elektrik....

Loji Nuklear tue nak kasi kroni mana aaaa... Nak kasik kat Syed Mokhtar BauKari ka?? Buat per nak mintak bantuan dan teknologi dari Amerika... SCOMI kan ader... Ala syarikat anak Pak Lah yang terlibat bekalkan "centrifuge" secara haram kepada Iran tue... Ala yang kantoi dengan IAEA tue... 

Pada gua aaa... Selagi semua sistem hidro, geothermal, solar, wind dan seawave yang mesra alam tidak dimanfaatkan dan digunakan secara maksima maka adalah diharamkan Malaysia untuk memiliki logi nuklear... Sebab negara kiter masih "abundance" dengan alternative and clean electric power generating solution.... Takder sebab munasabah la bhai kalo nak guna Nuklear... lain la kalo Malaysia nih cikai sangat dan sangap macam Singapura atau Hong Kong....

Gua ader develop satu syarikat yang sedang cuba nak "harness" solar dan wind electric power generation pada kadar murah di Malaysia iaitu sekitar 8 sen untuk 1 kilowat/jam untuk satu "powerfarm" sebesar 10 ekar. Dan gua percaya kalo ader lokasi terbaek seluas 100 ekar, gua boleh turunkan harga kos sehingga 5.8 sen bagi 1 kilowat/jam.

Dan kalo syarikat gua dapat bekalkan tenaga kepada TNB pada harga 13 sen untuk 1 kilowat/jam pon kami sudah beroleh keuntungan agak baik... So.... Cuba bayangkan kalo dapat jual pada harga 28 sen (kalo tak silap aaa) macam Syed Mokhtar BauKari tue dapat.... Mesti lagi untung besar..... Hahaha

Jadik... Aper jadahnyer nak guna tenaga nuklear??? Bodoh tak bertempat...






25 October 2014

Ahli Parlimen London?

Bhai/DeeDee semua...

Isnin nih ader urusan Mahkamah ... Jadi terpaksa la Ahli Parlimen London balik Malaysia untuk hadir perbicaraan.... Agaknyer la kalo tak ader perbicaraan.... Mungkin lambat lagi Ahli Parlimen London nIh nak mari....

Perbahasan Parlimen Malaysia untuk Bajet 2015 itu hari Ahli Parlimen London tak hadir pasai dier bukan mewakili rakyat di Parlimen Malaysia... Dier sudah mewakili Parlimen Westminster... Sebab tue la tak hadir pasa Parlimen Malaysia tak penting buat dier....

Hahaha....

Lawak siot.....  Biler nak sedar diri ntah la....

Kiter tengok la aper Ahli Parlimen London nih nak sembang dan pusing nanti... Wartawan sumer jangan lupa tanya macam mana dier dapat jadi Ahli Parlimen London aaa... Jangan gak lupa tanya biler Queen nak kasik Knighthood kat dier...

Dan yang paling penting tanya dier.... Biler nak pulangkan wang elaun yang diterima dari Parlimen Malaysia balik pasai dier dah jadi Ahli Parlimen London...

Thorbaek la .... Hahahaha.... 

Tuan Guru Sir Dato' Seri Haji Duke Of Rusila

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1