PAS memang susah hendak berpegang dengan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat. Belum pun 24 jam berlalu selepas pengumuman akan ada satu mesyuarat khas berkenaan isu Hudud, terus sahaja diumumkan bahawa ianya akan dibentangkan dalam DUN bulan depan. Bukankah PAS sudah bersetuju untuk satu mesyuarat khas dalam masa terdekat ini?
Tidak bolehkah PAS menghormati persetujuan dan keputusan mesyuarat. Inikah contoh yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.? Sikap sebegini sebenarnya menghina dan memalukan Islam. Yang selalu mungkin janji @ persetujuan sepertimana diterangkan didalam Al Quran hanyalah kaum Yahudi sahaja. Adakah PAS kini sudah semacam kaum Yahudi? Nauzubillah.
Kah Kah Kah.
Nasib baiklah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ini hanya untuk Kelantan. Kalaulah juga dimaktubkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mungkin pesalah pertama yang akan dibicarakan dan ditahan adalah seorang pemimpin atasan PAS Pusat nampaknya. Itupun kalau Enakmen ini telus dan bukannya seperti Enakmen yang sama dibuat di Brunei dimana Sultan dan Kerabatnya tidak tertakluk kepada enakmen hudud sama sekali.
Kah Kah Kah.
Janganlah anda semua ingat tiada "double standard" dalam perlaksanaan mana-mana undang-undang @ kanun di Malaysia. Sudah sekian lama memang berlakunya "double standard" waima dalam undang-undang syariah sekalipun. Bukan tidak pernah ada kes syariah yang sepatutnya sabit kesalahan, tetapi apabila melibatkan golongan VVIP maka ianya jadi lain. Bebas dan dilepaskan. Anda cuma perlu semak kembali kes-kes yang pernah berlaku dalam masa kurang 30 tahun ini.
Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu
Solat memang wajib, hudud boleh ditangguhkan bila rakyat dalam kesusahan macam Saidina Umar RA buat. Dah kantol balak? Nak cover ape ni sebenarnya bila terburu2. Tumpukanlah pada pembangunan semula, jangan pergunakan agama untuk kepentingan gerombolan ustaz. Memang tak sensitif langsung.
ReplyDeleteMasa Saidina Omar ra tangguhkan hukuman tu.. hukum Allah secara keseluruhannya dilaksanakan. Yang ditangguh hukuman kpd yg berkenaan shj.
DeleteJangan tunggu kondusif baru laksanakan hudud, tapi laksanakan hudud makan situasi akan jadi kondusif.
e eh pok dee ni...
ReplyDeletekata nak sidang dun dari tahun lepas lagik...
tangguh pun sebab banjir luarbiasa...
keputusan mesyuarat datang kemudian kena tunggu giliran la...
Kepada kerajaan PAS K'tan, teruskan usaha murni anda dan usah dipeduli dengan serangan dan kritikan dari golongan liberalisma, lakukan lah apa yang wajib keatas kamu sebagai pemimpin. Serangan dan kritikan datang dari golongan yang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab tidak sepertimana kamu dipertanggungjawabkan. Anggaplah mereka ini umpama debu dan akan hilang apabila dibawa angin yang tidak meninggalkan kesan walaupun sebesar zarah terhadap amanah yang telah diamanahkan olehNYA kepada kamu.
ReplyDeleteSdr Jawe
ReplyDeleteBoleh sdr beri jaminan bahwa pada tahun sekian2 dah tkde orang miskin, semua dah kaya raya, selesa kehidupannya. Tahun bila tu ekkk?