Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

20 February 2013

Amacam, Duit Lobi Sudah Banyak Keluar

Bhai.... Gua dengar ini cerita ader banyak panas.... Ayoyo thambi.... Apa macham kalu itu orang sudah banyak keluar modal... sudah banyak keluar belanja... lobi sana..... lobi sini... ada chan ka mau dapat slot jadi calon... Kesian la itu mamat kalu tarak dapat jadi calon.... Mmmm....

Sudah banyak kali himpit sama itu bos... takkan tarak dapat jadi calon kalu.... ayoyo.... amma appa....

Hahahaha...... aper-aper pon... gua nak tengok saper yang dilepaskan jadi calon oleh Majlis Syura Ulama PAS tue... sebab pada gua ader beberapa nama yang rasanyer lepas tapisan Majlis Syura Ulama PAS ... tapi memang tak layak jadi calon sebab reputasinya dikalangan pengundi macam hampeh.... ader drop PAS water face lar.... hahaha .....

Sebab... ader ramai pemimpin PAS yang depan Majlis Syura Ulama PAS pijak semut pon tak mati.. punya la baik kelaku... tapi.... dibelakang... hahaha... dierlah raja segaja raja....bab berpakat dengan UMNO ... dier nombor wahid.... bab bengkeng dengan orang ramai para pengundi (atas pagar atau yang bukan penyokong) dier jugak nombor wahid.... pergh... kalu orang macam nih lepas tapisan Majlis Syura Ulama PAS... gua tak tau nak kata aper.... hahaha


SHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas terpaksa menggugurkan ramai calon yang disenaraikan oleh pimpinan parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas beberapa sebab.

Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, antara sebab utama ialah mereka yang berkenaan didapati tidak menepati syarat ketat ditetapkan parti termasuk kemungkinan akan melompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat.

“Setelah dicadangkan di peringkat kawasan dan negeri, tapisan yang paling mustahak ialah di peringkat Majlis Syura Ulama. Pada peringkat ini, kita akan menentukan calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.

"Selain itu, banyak lagi perkara-perkara lain yang kita fokuskan," katanya.

Apa yang paling diutamakan, kata Nik Muhammad Zawawi ialah setiap calon dipilih mampu mempertahankan dasar dan imej parti, sama ada mereka kalah ataupun menang dalam pilihan raya.

Ditanya pada peringkat manakah proses pemilihan akhir itu sekarang, katanya, pihaknya sudah menyelesaikan 95 peratus proses tapisan dan ia akan diumumkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

"Calon yang kita gugurkan dalam proses di peringkat Majlis Syura Ulama kerana syaratnya tidak mencukupi dan nama ini dikembalikan semula kepada Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat dengan senarai yang bersih," katanya.

Mereka yang disenaraikan sebagai calon, katanya, mempunyai ciri-ciri yang diyakini untuk mempertahankan dasar parti serta boleh menjaga keperibadian supaya tidak menjejaskan imej parti.

“Ciri-ciri ini kita yakin, dia boleh mempertahankan dasar parti dan boleh jaga keperibadian supaya tidak keluar parti...

"Alhamdulillah, setakat ini tiada calon yang melompat dalam Pas," katanya

5 comments:

  1. Hang ada dengar ke yang bagi Majlis Syura Ulama PAS, calon PM bukanlah DSAI..

    COBOL

    ReplyDelete
  2. Bhai Cobol...

    Hahah... yang itu gua memang ader dengar.. memang lawak... kuat sungguh UG nih... diorang ingat ader chan la nak buat kerajaan campuran PAS UMNO lepas PRU13 nih kot.... hahaha

    ReplyDelete
  3. apa hal dok cerita bab ni orang pun tak tanya tiba-tiba bercakap......... ?? kot...

    ReplyDelete
  4. ayat xde calon yg melompat dlm PAS tu yg gua punya bulu kening jadi kerinting...hahaha... ada makna ayat tu weh...lompat xde tapi bermukah dlm gelap tu ....hahaha..

    ReplyDelete
  5. Bhai/DeeDee Anonymous...
    Hahaha... tue la pasai... something wrong somewhere lar... hahaha

    Bhai BunBinBan...
    Hahahaha.... ayat ader makna tue... hahaha

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1