Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

22 December 2018

Patut Kerusi Dia Ni Juga Perlu Dikosongkan.

Bhai/DeeDee semua...

Dalam keputusan penhakiman Mahkamah Pilihanraya, kerusi Parlimen Cameron Highland dikosongkan sebab penyandang kerusi tersebut iaitu C Sivarraajh terlibat dalam rasuah piliharaya dengan memberikan wang bagi menggalakkan pengundian keatasnya... dan C Sivarraajh tidak membuat kerja ini secara berseorangan.... Fakta dalam keputusan Mahkamah Pilihanraya ini mengatakan bahawa C Sivarraajh buat kerja ini bersama dengan Wan Rosdy (kini menjadi MB Pahang)..



Jadi....

Bila C Sivarraajh terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Cameron Highland ... Sepatutnya rakan subahat dia iaitu Wan Rosdy pun sewajarnya mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri  (DUN Jelai) selaras dengan fakta kes Mahkamah Pilihanraya Cameron Highland...

Tapi... Disebabkan Hakim berpandangan, kes ini hanya untuk Cameron Highland sahaja, maka ianya tidak berlaku. Untuk membolehkan kerusi DUN Jelai boleh dikosongkan, perlu ada satu perbicaraan kes dibawah Mahkamah Pilihanraya yang baru bagi kes rasuah yang dibuat oleh Wan Rosdy... akan tetapi disebabkan oleh tarikh yang sudah terlewat, maka Mahkamah Pilihanraya baru tidak boleh diadakan...

Itulah satu kekurangan dalam sistem perundangan melibatkan pilihanraya... Untuk itu sewajarnya undang-undang berkaitan pilihanraya perlu dirombak dimana pada bila-bila masa apa bila terdapat bukti kukuh maka bolehlah diadakan perbicaraan kes di Mahkamah Pilihanraya... Dan ianya tidak sepatutnya dihadkan pada tempoh-tempoh yang tertentu sahaja...

Writ saman dan perbicaraan bagi Mahkamah Pilihanraya sepatutnya boleh dilaksanakan sepanjang masa tanpa terikat dengan peruntukan had masa bagi mencabar kesahihan mana-mana pilihanraya... Amacam ... Adakah lu orang setuju dengan reformasi struktur?

Tapi jangan harap la orang macam Anwar Ibrahim mahukan benda ni.... Sebab dia sure tahu bahawa dia juga akan terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson .... Kerana ada buktt terbaharu salahlaku yang dibuatnya semasa proses kempen Pilihanraya tersebut.... Tapi pasai dah terlepas tarikh untuk buat saman pemula..... Maka Anwar Ibrahim terselamat lah pula.... 

Hahahaha

5 comments:

  1. buat penat ja ubah pemintah. perangai sama nak untung sendiri dari pemimpin besar sampe yg kecil. mahatahir skrang bukan mahatahir dulu. mahatahir la ni da nampak liang lahat da tau lorong mana dia kena lalu. mana janji ph utk tambah baik .munafik betul

    ReplyDelete
  2. klau lu mahu dia kosongkan kerusinya, lu sendiri le pegi buat laporan polis/sprm kata dia guna rasuah di dun jelai masa pru dulu

    ReplyDelete
  3. Bhai
    Kalau macam ni lah tiap2 hari ade pilihanraya sbb semua tak betul...
    Yang hanya betul kau saja Bhai...
    Adui Bhai....

    ReplyDelete
  4. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

    O ye who believe! stand out firmly for justice, as witnesses to Allah, even as against yourselves, or your parents, or your kin, and whether it be (against) rich or poor: for Allah can best protect both. Follow not the lusts (of your hearts), lest ye swerve, and if ye distort (justice) or decline to do justice, verily Allah is well- acquainted with all that ye do.

    jika ada apa apa keliru terjemhan bi n bm maka rujukan utama
    hendaklah kembali pada Al Quran

    buat hukum untuk pihak lawang
    kalau kawang mata pun jadi buta tak semena mena
    hukum manusia yang kurang iman macam nila pelaksanaannya
    tak boleh diharap sangat

    ReplyDelete
  5. http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2018/09/kos-prk-siapa-nak-tanggung.html?m=1

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1