Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

01 December 2022

Eloklah Buat Macam Ni

Bhai/DeeDee semua..

Benda baik gua sokong... itu ja nak bagitau... apa sahaja benda baik memang gua akan sokong sebaiknya... tambah lagi yang berkaitan dengan syiar Islam...

Kes perbomohan dan sihir nih memang wajar diangkat dan dijadikan satu hukuman tegas... Dah banyak sangat dah nih... makin hari makin banyak mengarut... so terbaeklah Kerajaan Negeri Terengganu...



Lu Siapa?

Bhai/DeeDee semua...

Ini mesti masih nak push supaya dier dapat jawatan le nih... takder idea lain... Sudah la tak pernah perform pon masa jadi Menteri... lagi mau sembang...

Tak payah la nak susun atur siapa punya jawatan... lu siapa? Lu nobody la...

Menyampah dah tengok muka dier nih... 



Satu Part Gua Bersetuju

Bhai/DeeDee semua...

Kalau kita menganalisis akan apa yang berlaku pasca PRU15 ... kita akan dapati ader trend meningkat dalam undi Melayu yang jauh berpusing kali ini... Dan dari apa yang Shahidan Kasim ni cakap... ader satu part yang gua bersetuju..

Betul... orang Melayu sudah beralih arah..

Tapi.. adakah beralih arah ini kekal dan terus memasakkan asas yang kukuh untuk menghadapi PRU16?? Yang ini kita masih boleh sangsikan...

Kita tahu perubahan kali ini pada PRU15 adalah disebabkan doktrin sesat dan bahaya yang dibawa oleh PAS dan BERSATU berkenaan dengan isu perkauman terutamanya 13 Mei... dan ini mereka dapat buat dengan baiknya hasil dari hasutan di sosial media terutamanya di TikTok...

Budak-budak Undi18 banyak yang tak tahu isu sebenar pada masa itu.... dan mereka dikelabui dengan hasutan konsisten golongan Ostad dan Lobai...  Budak-budak yang takder asas dalam politik telah dapat digembleng untuk mengubah undi Undi18 menjadi fenomena...

Benda ni gua dah tulis lebih awal... tapi takder sapa yang amik port...

Dan hasutan perkauman dan agama ini akan terus jadi modal puak-puak PAS dan BERSATU dalam PN pada masa PRU16 nanti.... sewajarnya PDRM mengambil tindakan proaktif dan tegas mengenainya... Perlu ada tindakan yang pantas dan berkesan.

Tangani sebelum ianya membarah.



Siapa Tersenarai Dalam Kabinet Anwar Ibrahim?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua sedang menunggu... apakah senarai barisan kabinet Anwar Ibrahim yang akan disenaraikan hari ini akan menepati ramalan banyak pihak dan seterusnya dapat melaksanakan tugas sebaiknya untuk Kerajaan Perpaduan....

Sori... gua takder detailnya setakat ini... Gua pon masih menunggu juga... cuma gua ader sedikit cadangan jer ...

Apa-apa pun .. kita harap semuanya berjalan dengan lancar dan orang yang berkebolehan berada pada kedudukan yang betul demi untuk merubah Malaysia ini menjadi sebuah negara yang maju, aman, stabil dan berdaya saing.

Ayuh Malaysia...



Tindakan Yang Terlalu Perlahan

Bhai/DeeDee semua...

Gua takmo nak bercerita pasai parti ker apa ker... Gua nak bercerita pasai keselamatan dan ketenteraman awam... Itu je kepentingan yang paling utama..

Pada gua... tindakan SKMM adalah satu tindakan yang terlalu perlahan... Maybe sebab SKMM itu sendiri ader bias terhadap fraksi politik..

Sepatutnya SKMM sendiri perlu ada satu unit pemantau yang non-biased terhadap politik... unit ini mesti sentiasa memantau media sosial dan memastikan bahan-bahan yang diviralkan dalam media sosial itu tidak berunsur memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam...

Tak perlu tunggu orang nak melaporkan... SKMM sendiri kena proaktif,

Sebab isu keselamatan dan ketenteraman awam boleh menjadi barah yang akan merosakkan keharmonian bermasyarakat.... Benda ini berisiko tinggi... SKMM dan PDRM perlu pantau sentiasa... bahaya kalu dibiarkan hasutan ini bertebaran.. kena tangangi segera..

Jangan sampai dah kronik baru nak ditangani...



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1