Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

30 May 2021

Jangan Sembah Berhala

Bhai/DeeDee semua...

Ringkas jer... Korang nak ikut Nabi ka atau takmo? Pilihan ditangan korang... Gua plak semestinya akan sentiasa ikut Nabi....



Betullah Tu Tidak Ditahan

Bhai/DeeDee semua...

Mengikut takrifan undang-undang... adalah benar Khairuddin At-Takiri tidak ditahan di SJR Perasing pada 16 Mei 2021.... Betul dia tidak ditahan.

Khairuddin At-Takiri hanya diperiksa sahaja semasa di Sekatan Jalan Raya (SJR) Perasing.... Kenderaannya diperiksa kerana dia tidak ada dokumen kebenaran rentas negeri yang diperlukan... dan kenderaan itu dikenalpasti membawa penumpang yang tidak berdaftar.

Sebab itu kenderaan Khairuddin At-Takiri tersebut diperiksa oleh anggota PDRM yang bertugas.... Ini SOP biasa... ini carakerja biasa... Persoalannya sekarang ini... kenapa Khairuddin At-Takiri bertegas mengatakan yang dia tidak melakukan kesalahan... sedangkan ianya memang telah mengabaikan keperluan surat kebenaran rentas negeri..

Aderkah hanya kerana dia Menteri Persekutuan... maka Khairuddin At-Takiri boleh memandang ringan kepada undang-undang yang memerlukan beliau mendapatkan surat kebenaran rentas negeri.?? Ini sesuatu bentuk penyalahgunaan kuasa... ini satu bentuk rasuah...

Takkan la orang yang katanya faham bab agama boleh melakukan perkara sebegini.

Takkan lah kan????



29 May 2021

Total Lockdown? Adakah Anda Bersedia?

Bhai/DeeDee semua..

Satu perkara jelas yang menjadi persoalan seluruh rakyat yang "terkesan" adalah apa tindakan proaktif Kerajaan Malaysia dalam membantu rakyat menghadapi Total Lockdown 3.0 ini... Setakat apa yang dilihat... tiada apa pun tindakan tuntas dari pihak kerajaan.."

Alasan yang kerajaan berikan adalah Kerajaan telah berbelanja RM600 bilion sepanjang fasa perlaksanaan PKP termasuklah lockdown 1.0 sehingga kini...

Tapi apa yang rakyat dapat lihat .. nilai RM600 bilion itu tidak nampak turunnya kepada rakyat melainkan ianya pergi kepada Institusi besar seperti bank dan korporat... Paling lawak... yang turun betul kepada rakyat adalah duit rakyat sendiri melalui dana KWSP dalam program i-Sinar dan i-Lestari...

Lockdown tetap berlaku... tapi tiada bantuan khas untuk rakyat... Bank pula masih mengejar semua peminjamnya walaupun peminjam itu sekarang ini tiada sumber kewangan....

Macam celaka semua ini..



28 May 2021

RTM Menimbulkan Kegentaran Awam?

Bhai/DeeDee semua...

Macam mana boleh jadi camnie... Adoilah... cukup la Nilai 3 ja sudah hilang jadi sebahagian dari Selangor... Ini Seremban la pulak... Adoilah...

Apa nak jadi ni RTM ooi... ini sudah menimbulkan kegentaran awam ni...

Hahaha



27 May 2021

Azalina Lebih Bertelur Berbanding Azhar Harun

Bhai/DeeDee semua...

Azhar Harun nih adalah kawan gua... Tak la rapat sangat tapi boleh la... Cuma gua kesal semenjak dier dapat kuasa menjadi Speaker dan Yang Dipertua Dewan Rakyat... dier punya nada dan cara tindakan dah tak sama macam apa yang dier perjuangkan dahulu... totally different..

Manakala Azalina Othman Said pula ... walaupun sekadar menjadi Timbalan Speaker dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat... gua nampak Azalina lebih terkehadapan dalam nak memastikan bahawa adanya pemisahan kuasa antara cabang Legislative dan Executive.

Tu yang gua kata Azalina lebih bertelur berbanding Azhar Harun...

Walaupun Azalina Othman Said tu dari UMNO/Barisan Nasional.... itu isu lain... dalam kes Parlimen... Parlimen mestilah terus bersidang seperti dijadualkan tanpa ader halangan dan kekangan.. Kerana disitulah segala dasar dan perundangan serta hala tuju negara ini digubal...

Parlimen adalah penting bagi sistem demokrasi berpelembagaan.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1