Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

01 October 2021

Hebat Betul Teknologi Kapal Halimunan Milik TLDM

Bhai/DeeDee semua...

Hebat teknologi kapal halimunan (stealth) milik TLDM dari kelas Littoral Combat Ship (LCS) sebab bukan sahaja ianya susah dikesan oleh pihak musuh, akan tetapi rakyat Malaysia juga susah nak nampak kapal ini.

Halimunan sungguh la.



Zaman siapa la jadi Menteri Pertahanan Malaysia nih??



Persoalannya Sudah Terjawab Dengan Sendiri

Bhai/DeeDee semua...

Najib Razak kata keluarganya diberikan masa beberapa jam sahaja untuk berpindah keluar dari Seri Perdana selepas Kerajaan Pimpinannya tumbang. Dan dier salahkan Pakatan Harapan yang katanya dok push suruh keluar sebab Muhyiddin Yasin nak masuk Seri Perdana.

Errr.... sekejap...  

Selepas kejatuhan Barisan Nasional yang menyebabkan Najib Razak hilang jawatan Perdana Menteri....  itu adalah masa Pakatan Harapan memerintah... dan masa tue ... Seri Perdana agak lama barulah dihuni oleh Mahathir Mohamed.... hampir dekat sebulan masanya... Mahathir Mohamed adalah Perdana Menteri masa tue... dan Muhyiddin Yasin pulak adalah bukan berjawatan Timbalan Perdana Menteri... Timbalan Perdana Menteri adalah Wan Azizah.

Jadi... bila masa Muhyiddin Yasin punya orang boleh plan nak masuk Seri Perdana...

Dan.... Kabinet Muhyiddin Yasin telah meluluskan peruntukan untuk ubahsuai itu pada 19 Mac 2021 ... iaitu semasa Kerajaan Perikatan Nasional sedang memerintah... lama selepas kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan dengan Langkah Sheraton (Kerajaan Tebuk Atap) selepas 22 bulan memerintah.

So... time frame defensive cerita yang Najib Razak story nih banyak yang tak betul.. banyak yang mengelirukan... dan memburukkan Pakatan Harapan... yang memang takder kena mengena dengan ini cerita....

Hahaha... lawak siot citer penafian dari Najib Razak nih... last-last sendiri mengaku bawak keluar barang dan letak dalam warehouse. Hahahaha



30 September 2021

Dulu Macam Ni La

Bhai/DeeDee semua...

Dulu.... Dulu PAS macam ni la.... Tapi itu dulu aaa... masa PAS jadi Pembangkang... bukan macam la nih... PAS dah jadi Kerajaan Pusat.... lain gayanya... lain bicaranya...

Hahaha....

Sekarang walaun PAS pun senyap sunyi semuanya... bab duit yang sehari dua nih sembang besar dalam Parlimen pun setelah orang ramai tibai PAS dah dekat 2 minggu... agaknya kalu orang tak bising... senyap sunyi lah semua walaun PAS.... hahaha



Audit. Boleh Pilih-Pilih Ka?

Bhai/DeeDee semua...

Kalu Perdana Menteri boleh memilih hanya mana-mana yang perlu untuk dimasukkan dalam laporan audit... makanya apakah integriti laporan audit yang ader selama ini... Nampak sangat audit pun boleh tipu-tipu... adoilah...

Kalu audit yang dikendalikan oleh Jabatan Audit Negara pon boleh ditipu... betapa teruknya Malaysia nih... adoilah... patutla rating antarabangsa jadi rendah... merudum teruk.

Adoilah.

Kroniknya Audit Malaysia Ni


Tiada Kebocoran Data

Bhai/DeeDee semua ...

Kita berharap apa yang berlaku pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan kes kebocoran data (data breach) melibatkan lebih 4 juta data peribadi pembayar cukai dibocorkan dan dijual pihak ketiga pada harga 0.2 BTC (sekitar RM35 ribu) tidak pula berlaku kepada pangkalan data Angkatan Tentera Malaysia (ATM).. Sebab kalu kena ngan Angkatan Tentera Malaysia... risiko keselamatan akan jadi lebih teruk.

Biarlah apa yang berlaku pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terkait dengan system MyIdentity adalah terhad pada kes mereka sahaja.. Cukuplah. Janganlah sampai terlibat dengan pihak lain.

Kelemahan dalam sistem keselamatan aplikasi web yang melibatkan exploit menggunakan arahan JSON adalah satu kelemahan yang kritikal. Sepatutnya aplikasi web milik Kerajaan mestilah dipasang dengan Web Application Firewall (WAF) yang bagoosh... Kalu tak mampu nak bangunkan sendiri...  apa salahnya menggunakan khidmat pihak ketiga seperti Incapsula Imperva atau Cloudflare WAF yang menyediakan khidmat Web Application Firewall (WAF) pada harga yang mampu milik.

Janganlah ambil mudah tentang sistem security pada sesuatu laman web (web portal) sama ada yang dibangunkan menggunakan sistem sendiri ataupun menggunakan sistem perisian sumber terbuka (open source software). Ini semua perlu dikemaskini dan diselenggara dengan baik. Database MySQL, MariaDB dan sebagainya perlulah up to date. Sistem PHP yang digunakan perlukan disemak codenya dari masa ke semasa terutamanya yang menggunakan framework Laravel dan sebagainya.

Setiap kebocoran data bukan sahaja akan melibatkan integrity malah juga boleh melibatkan risiko privacy... tambah lagi dengan adanya "Personal Data Protection Act" (PDPA). Kalu ader guna perisian Antivirus ... update la selalu... dan jangan buat kerja sambil lewa.

ATM Sentiasa Cakna


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1