Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

17 September 2021

Misteri 2 Juta Tuyere

Bhai/DeeDee semua...

Hari nih gua nak bawak lu orang berfikir jauh dari luar kotak biasa.... Hari ini gua nak citer pasai keberadaan 2 juta Tuyere (peniup api) bagi kegunaan furnace untuk peleburan besi (iron smelting) yang didapati ada di tapak arkeologi Sungai Batu di Kedah.

Inilah satu-satunya tempat didalam dunia yang dikenalpasti mempunyai bilangan Tuyere yang paling banyak dimana ianya menunjukkan bahawa proses perleburan besi (smelting) menggunakan furnace dibuat secara bersepadu dan mega.

Setelah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM), mereka mendapati lokasi penemuan Tuyere ini adalah berusia sekitar 700 hingga 500 BCE (Before Common Era).

Cukup lama... kalu kita semak... mungkin ianya sezaman dengan zaman Nabi Nuh a.s

Tapak Arkeologi Sungai Batu (penemuan 2 juta Tuyere)

Dan dari rekod dan kajian telah mendapati bahawa Sg Batu ini adalah lokasi terbesar pengeluaran dan peleburan besi di dunia... Begitu hebatnya proses perleburan besi (iron smelting) berskala mega ini yang mana bijih besi boleh didapati dengan banyaknya di Semenanjung Tanah Melayu ini (sebagai contoh di Bukit Besi, Terengganu).

Persoalannya... ader orang kata ... pembuatan besi pada masa itu lebih tertumpu kepada buat keris, pedang, lembing dan tombak kerana pada masa itu belum ujud lagi meriam besi .... tapi pada gua itu semua tidak signifikan... tidak realistik... tak menepati nilai production berskala mega.

Cuba kita semak balik... apakah projek berkaitan besi yang paling mega dalam dunia sepanjang zaman ni? Agak-agak korang apa projek tue? Yang gua dapat semak hanya ader 1 jer projek mega berkaitan besi pada zaman itu.... 


Projek tembok besi dan tembaga oleh Iskandar Zulkarnain bagi menghalang Yakjuj dan Makjuj keluar dan merosakkan bumi ini.... Ini sahajalah projek besi yang berskala mega ... pada zaman itu... dan ianya ada dikisahkan dalam Surah Al Kahfi (ayat 92 sampai ayat 98)...

Adakah kemungkinan bahawa projek peleburan besi berskala mega di tapak arkeologi Sg Batu ini sebenarnya digunakan untuk menyiapkan Tembok Besi dan Tembaga mengikut arahan Iskandar Zulkarnain ni?

Jika benar... bagaimana pula dengan proses pemindahan tembok yang dah siap itu untuk dihantar ke lokasinya? Adakah mereka menggunakan khidmat armada laut Kerajaan lama Kota Gelanggi yang diceritakan mempunyai lebih 1000 buah kapal?

Persoalan lokasi tembok Yakjuj dan Makjuj (Gog and Magog) nih pun satu hal jugak. Dekat mana lokasinya? Adakah ianya di sempadan Armenia Azerbaijan seperti yang diceritakan orang atau disempadan wilayah Georgia di selatan Russia?

Kita pon tak tahu... Cuma kita harap kajian lanjut dapat diteruskan bagi merungkai dan mendalami arkeologi di Sg Batu, Lembah Bujang, Gunung Jerai, Hutan Belum, Kota Gelanggi, Maliau Basin dan banyak lagi.... Gua beranggapan semua ini ada sangkut pautnya antara satu sama lain....

Hanya Allah Taala yang lebih mengetahui. 

1 comment:

  1. Aper la ko ni yob. Masa bila pula zaman nabi nuh. Kan ke zaman nabi daud tu. Klu bab simple ni pun blh khilaf yg lain2 pun ada khilaf juga haha.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1