Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

28 April 2013

Zulkifli Nordin Buat Lawak

Bhai.... selama gua hidup nih... dan sejak PRU pada 1988 dulu yang gua ader melibatkan diri.... hehehe.. ini baru first time gua dapat tau ader calon PRU yang takmo nak berkempen pada masa kempen dibenarkan.... Sungguh.... macam sekarang nih... SPR dah tetapkan hari berkempen aderlah selama 15 hari... rasanyer takder saper yang bodoh takmo berkempen...

Hanya Zulkifli Nordin jer sorang yang takmo berkempen.... Zulkifli Nordin nih buat lawak ker???

Hahaha... atau dier tau.. kalu dier berkempen di Shah Alam... tambah lagi kat area Seksyen 25 ker... Batu Tiga ker.... atau kat mana-mana ....mungkin lebih banyak bangku daripada orang yang hadir kot... atau kalu ader orang yang hadir... mesti dari kalangan petugas BN jer... hahaha...

Orang Hindu gua rasa confirm takder yang datang... kalu ader yang datang tue sure bangang tahap gaban punya lar... hahaha.... Mesti diorang jenis takder tau nak akses Internet... hahaha... lawak siot...

Aper daaa. Zulkifli Nordin oooi.... gua rasa kalu lu masih dikekalkan oleh BN berkampung di Parlimen Kulim Bandar Baru... mesti lu sudah kena lempar dengan telur busuk.... hahaha... tak pon mesti lu kena ludah ker mender ker... hahaha... Nasib baik bukan kat sana....

Nih siap takmo nak berkempen... takmo nak berceramah.... hahaha... nampak sangat la Zulkifli Nordin buat lawak.... lawak seram siot.... hahaha ... lagi satu... dier siap mintak bukti tue... hahaha... aper kater kalu kiter mintak Puan Ainon citer sat.... hahaha


SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin mempertahankan pendiriannya tidak akan memberi sebarang ceramah dalam tempoh berkempen yang berbaki seminggu lagi.

Sebelum ini, ada desas-desus yang mengatakan beliau tidak akan memberi sebarang ceramah, sebaliknya hanya akan bertemu rakyat. Tindakan itu dilihat memberi ruang kepada PR untuk meraih undi di kawasan Shah Alam. Namun, beliau menolak perkara tersebut kerana menurutnya, tindakan berceramah yang hanya memburukkan orang lain tidak berguna.

"Kita nak tunjuk calon BN bekerja, bukan bercakap. Ceramah pun asyik memaki hamun orang buat apa? Tak guna.

"Kita hanya akan bagi taklimat pada jentera-jentera BN saja kecuali ada dua atau tiga ceramah besar BN akan buat. Tapi, itu pun saya tak terlibat," katanya.

Mengulas mengenai kempennya yang sudah masuk hari ketujuh, Zulkifli akui melihat satu gelombang yang disifatkan luar biasa.

"Selama tujuh hari berkempen, saya melihat satu gelombang... satu 'mood' yang saya anggap luar biasa. Mana-mana saya pergi akan dapat lihat keghairahan. "Sebab pada 2008, saya bertanding di bawah pembangkang. Saya boleh bezakan 'mood' itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli turut menafikan dakwaan yang mengatakan BN mengedar risalah berbaur fitnah dan lucah di kerusi Dun Kota Anggerik. 

"Bukti? Mana bukti? Tunjukkan bukti. Mereka cakap saja tapi tak ada bukti. Kami menafikan sekeras-kerasnya. Ini merupakan tuduhan, fitnah, tohmahan.

"Malah sebaliknya berlaku. Mereka mengedarkan risalah menyerang peribadi calon-calon BN. Itu kita ada bukti. Saya cukup yakin tak ada, kalau ada pun, mereka reka sendiri. Mereka ini dalam bab mereka memang pandai," katanya

Tambah beliau, "BN cukup jelas dengan arahan pimpinan. Kita boleh 'serang' mereka dengan menunjukkan apa yang kerajaan dah buat tanpa perlu kami memperlekehkan mereka kerana rakyat dah tahu."

8 comments:

  1. Bhai,

    ni ibarat org nak masuk bertanding kat olimpik dalam acara pecut 100m tapi tak nak wat latihan intensif! kunun tak berlatih pon confirm leh dapat pingat emas! nak bercakap je jumpa peminat, latihan pnas badan semua tu tak penting! dah tu lawan pulak ngan pak usin anak bolt!!

    terkincit la lu nanti wei!! tah2 belum start lari, kaki dah cramp! gilos!!

    ReplyDelete
  2. nak elak malu la bhai

    tapi dari sudut positif bagus juga dari berkempen menunjukan emosi terlepas cakap menutuk mengumpat hahaha..

    cuma payah nak dapat direct feedback sebelum masa mengundi..

    jumpa orang direct bagus tapi dah kita malaysia diajar beradab so biasanya orang senyum suka tak semestinya pilih kita hehehe.. :)

    apapun tunggu ajer la masa mengundi dan result yea abg zul.. hahaha hutang pru lepas jangan lupa bayar..

    ReplyDelete
  3. Bhai;

    Dah seminggu gua menunggu di Shah Alam nih... ceramah dari katak babi nih... takda...

    Rupanya memang takda yeaaa... hahahaha..!!!!

    Memang nak kena ludah laaa... kalau katak babi nih datang kat kawasan gua... Seksyen 8 Bukit Bandaraya..

    ReplyDelete
  4. berani ke makhluk ni ngadap pengundi
    dah tau kena kutuk kow2 punya

    ReplyDelete
  5. semua org tau kenapa zul nordin di pilih oleh najib.. padahal dia lah calon paling mudah utk di tewaskan dlm pru. umum mengetahui.. zul nordin pernah menjadi peguam bela kepada kopral sirul dan inps azilah.. kedua2 kambing hitam tersebut telah membocorkan rahsia penglibatan najib kepada zul nordin. maka zul nordin mmenggunakan kesempatan itu utk menggengam tulur najib utk dicalonkan dlm pru

    ReplyDelete
  6. Orang Kampung Jambi, RengitApril 28, 2013 at 2:40 PM

    Bagus juga dia berkempen begitu. Feedback on-the-spot dapat. Mana yang tak suka dengan dia, boleh la hentam dia depan-depan. Yang mana benci sangat tu pon kalo sebelom ni nak bagi penampar kat dia pon boleh gak bagi on-the-spot. Jadi tak de la orang tuduh berani cakap tapi takut nak buat.

    ReplyDelete
  7. Haahaa...saya rasa mmg tiada yg akan berani tampar Zulkifli sebab nanti tak pasal2 masuk lokap dan kena charge kes jenayah (ahli politik takde nak bekapnya). Setakat pong pang dalam alam maya boleh ler haahaa......

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1