Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

24 December 2022

Monyet Di Puak Dia Tabrani Nak Tegur Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Mangkuk sorang nih dier macam baru kenal sesi sidang Parlimen Malaysia ke?? Hahaha... Lawak siot... Dia bising pasai monyet puak lawan dier hingaq dalam Dewan Rakyat... tapi monyet di puak dia tabrani nak tegur ke??

Sebab sepanjang sesi sidang Dewan Rakyat hari tue... yang lagi banyak hingaq dan buat kepoh adalah MONYET dari sebelah Perikatan Nasional.... Hahahaha... Monyet Pendang la... Monyet Arau la... ader lime enam ekor monyet dari puak PAS yang macam terkena belachan...

Hahaha....

Lenkali... nak tegur kalu... tegur semua skali monyet yang ader... jangan pilih-pilih nak tegur monyet.... Monyet, Lotong, Ungka, Cikah, Siamang, Orang Utan, Kera dan macam-macam spesis lagi pun kena tegur la sama.... Hahaha


Perikatan Nasional (PN) menganggap ahli parlimen kerajaan bertindak keterlaluan terhadap pihak lain sama ada di dalam Dewan Rakyat atau di luar parlimen.

Menganggap tindak-tanduk beberapa ahli parlimen PH sebagai membimbangkan, Ketua Penerangan PN Wan Saiful Wan Jan berkata dia memasuki Dewan Rakyat dengan harapan yang tinggi.

Hal itu kerana katanya yang memenangi kerusi Tasek Gelugor pada PRU baru-baru ini, Dewan Rakyat sepatutnya menjadi tempat dasar digubal, serta cadangan kerajaan dibahas secara rasional dan matang.

"Tetapi sikap beberapa ahli parlimen PH menyebabkan saya bimbang apa yang akan berlaku kepada politik Malaysia pada masa depan.

"Dalam Dewan (Rakyat), mereka menjerit-jerit menghalang perbahasan, di luar Dewan mereka menyaman kiri dan kanan untuk menghalang kritikan," katanya hari ini.

Kenyataan Wan Saiful itu merujuk kepada hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada 19 Dis lalu yang menyaksikan pertengkaran membabitkan blok kerajaan dan pembangkang.

Antaranya membabitkan kenyataan Shahidan Kassim (PN-Arau) yang menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak seharusnya dilibatkan dalam usul percaya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



Apa Sebenarnya Pelan Prabayar Murah?

Bhai/DeeDee semua...

Tempohari gua tak sempat nak ulas berkenaan Pelan Prabayar yang diumumkan oleh Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital)... sebab ada sikit kekangan masa... Tapi nasib baik kawan baik gua (Pendakwah Teknologi) ader buat satu video di YouTube berkenaan isu nih.... thanks...

Pada pandangan peribadi gua... Sewajarnya Malaysia mempunyai satu pelan prabayar MARHAEN yang macam nih.

  1. Tiada had (limit) tempoh sah penggunaan talian prabayar. Tiada 6 bulan, 2 tahun atau macam-mana... Ianya kekal aktif selamanya untuk terima panggilan dan SMS.
  2. Untuk kekal mendapat akses kepada data Internet, minima baki perlu ada dalam akaun prabayar adalah RM5 ... dan ini akan memberikan akses asas (basic) data Internet pada 64kbps (sekadar boleh memastikan aplikasi Whatsapp / Telegram / Signal berfungsi mengikut Fair Usage Policy (FUP)
  3. Had kuota bulanan bagi akses asas (basic) data Internet mengikut Fasal 2 adalah 10GB
  4. Pendaftaran talian prabayar ini dihadkan maksima 1 untuk setiap satu warganegara.
Amacam?



23 December 2022

Statement Rafizi Ramli Macam Haramjad

Bhai/DeeDee semua...

Tadi ader sesi live bersama Rafizi Ramli... ditayangkan kat banyak medium termasuk di Media Sosial... Awalnya gua tak perasan... tapi gua dapat dengar mostly 2/3 daripada event live dier.... Dan dari apa yang gua dapat simpulkan dalam live tadi tue adalah...

"Rafizi Ramli tak professional" 

Gua tau kenyataan gua ini akan ditentang dan diserang habis-habisan oleh ramai Walanon dan Bangsa Slurpp... tapi aper ader hal.... gi mampos la... gua cakap benda yang benar dan telus... takder nak bodek dan ampu... dan takder nak sided mana-mana.... benda BANGANG kena la cakap ianya BANGANG ... 

Hahaha .... kan kan kan... Macam mana la boleh naik jadi Menteri Ekonomi kalu masih keluar statement bangang dan bangkai.... adoilah....

Antara statement Rafizi Ramli paling macam haramjad aderlah...

"By right (sewajarnya) kalau harga ayam dah mahal sangat, kita patut kurangkan makan ayam" 

Statement sama bangang macam Menteri jaman BN dan PN..... sebijik statement macam Lobai PAS .... bangang.... hahaha .... bangkai betul lar.... huhuhu

p/s : Walanon dan Bangsa Slurpp nampaknya lagi bangkai dari Walaun dan Machai.... hahaha


Rafizi berkata jika pengguna tidak membeli atau menggunakan barangan yang mengalami kenaikan harga secara tidak wajar, peniaga dan pembekal akan merasakan mereka tidak patut menaikkan harga secara sewenang-wenangnya.

"Walaupun harga makanan dan minuman bukan alkohol terus naik, orang ramai terus membeli dan membayar pada harga lebih tinggi yang dikenakan peniaga.

"Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kenaikan harga barang makanan dan minuman bukan alkohol yang terus naik dan dirasakan tidak turun.

"By right (sewajarnya) kalau harga ayam dah mahal sangat, kita patut kurangkan makan ayam," katanya lagi.

Dengan kadar inflasi empat peratus bagi November, harga makanan dan minuman bukan alkohol tetap menunjukkan trend peningkatan, kekal melebihi kadar tujuh peratus dan mengalami peningkatan dalam indeks harga pengguna.

Menurut data, makanan dan minuman adalah bahagian terbesar dalam purata perbelanjaan isi rumah iaitu 30 peratus, dan perbelanjaan makan di luar pula 11 peratus.

At Least Lar

Bhai/DeeDee semua...

At least lar Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini tampil meminta maaf secara terbuka kerana tidak berada bersama rakyat negeri itu ketika mereka terlibat dalam bencana banjir.... At least lar...

Walaupun ianya takkan dapat merubah kecaman menjadi pujian... tapi paling kurang dia mengaku kesalahannya... 

Nasib baik Ahmad Samsuri Mokhtar nih berani berdepan dengan wartawan... Kalu dier buat ketegaq macam Abdul Hadi Awang macam mana?? Hahaha..


Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini tampil meminta maaf secara terbuka kerana tidak berada bersama rakyat negeri itu ketika mereka terlibat dalam bencana banjir.

Malah dia juga mengakui tidak ad sebarang alasan untuk dia tidak bersama-sama mereka dalam tempoh yang kritikal itu.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa kesal saya tak terhingga saya kerana tak dapat bersama mangsa-mangsa banjir di lapangan terutama untuk tempoh 18 hingga 21 haribulan," katanya.

Naib presiden PAS itu juag mengakui apa saja alasan yang diberikan, ia tidak dapat membetulkan keadaan serta ketiadaannya di negeri terbabit sebelum ini.

Mereka Perlukan Sokongan

Bhai/DeeDee semua...

Gua takder pengalaman penuh mengendalikan kes bunuh diri... tapi gua ader pengalaman mengendalikan kes suicide bomber (pengebom berani mati) .... Walaupun kedua-duanya situasi berbeza.. namun pengakhirannya adalah sama.... MATI ...

Bagi yang terfikir untuk mengambil nyawa mereka sendiri... yang nak bunuh diri mereka.... daripada banyak pembacaan dan info yang gua tahu... hampir semuanya disebabkan putus asa... kecewa... dan sudah tidak mampu untuk menampung tekanan perasaan .... dan semuanya juga terkait dengan kondisi kesihatan mental ...

Mereka adalah pesakit ... mereka bukan penjenayah... dan mereka tidak berminat untuk melakukan jenayah... kesihatan mental mereka berada pada tahap paling rendah... dan mereka perlu sokongan... mereka perlukan bantuan... mereka perlu pertolongan... dan mereka perlukan kaunseling dan kemudahan perubatan...

Bagi yang nak jadi suicide bomber... pengebom berani mati... yang itu lain kes... yang itu penjenayah... dan mereka perlu ditangkap, ditahan dan didakwa serta disabitkan kesalahan....  

Jadi.... apa salahnya undang-undang terkait dengan kesalahan hendak membunuh diri itu kita tukarkan daripada hukuman penjara kepada hukuman pemulihan mental dan kaunseling... Itu lebih baik dan bermakna...

Harap Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim selaku PM10 dapat merealisasikan perubahan (reformasi) ini dengan segera dan cermat demi untuk menyelamatkan nyawa para pesalah (pesakit mental).


Mari bersama menyokong untuk memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Seksyen tersebut menyatakan sesiapa yang cuba membunuh diri boleh dipenjarakan sehingga satu tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan dalam wujudnya lacuna (lompang) - kerajaan boleh mengarahkan, secara pentadbiran, supaya polis menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 10 Akta Kesihatan Mental dalam kes cubaan membunuh diri untuk memasukkan orang itu ke hospital psikiatri. Birokrasi tidak sepatutnya mengorbankan nyawa.

Jika anda berasa tertekan atau ingin membunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan ini, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih
Hotline: 15999

The Befrienders
Hotline: 03-76272929

Agape Counselling Centre Malaysia
Hotline: 03-77855955 or 03-77810800

Life Line Association Malaysia
Hotline: 03-42657995


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1