Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

20 July 2013

Menu Berbuka Paling Terbaek (Bergambar)

Bhai/DeeDee sekalian... Ini ader menu paling terbaek untuk berbuka puasa... Hahaha... Tapi gua tak perasan pon ader logo halal JAKIM ker idak kat tin nih...

Aper pon... Nama produk nih memang terbaek.... Hahaha..... Toddy Palm tue.... hahahaha.... Toddy... (Berkaitan : Baca Sini dan Sini serta Sini) .

Sekadar untuk memberikan pengetahuan kepada lu orang sumer..... hahaha... Perkataan Neera @ Nira berasal dari Bahasa Sanskrit manakala perkataan Kadai @ Kedai, .... Meesai @ Misai,.... Mempelei @ Mempelai, .... Appam @ Apam berasal dari Bahasa Tamil....

What say you???? Hahaha...




Sori... Bab Ini Gua Sentap

Bhai/DeeDee sekalian...  Sori... bab ini memang gua sentap..... dan sebagai memenuhi piawaian Bahasa Malaysia... ini gua tulis artikel ikut pola penulisan standard. Sila abaikan penggunakan kata ganti nama kedua (iaitu perkataan "gua" yang digunapakai) didalam artikel ini..... hahaha....  Jangan mare...

Seperti yang kita semua sedia maklum, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia disemua sekolah diterapkan adalah kerana kepentingannya dari segi memartabatkan  Bahasa Kebangsaan sebagai Lingua Franca di Malaysia... Ianya dibuat demi memastikan bahawa sebagai rakyat Malaysia, wajib dan patutlah mereka boleh berbahasa Malaysia dengan sebaiknya.

Bahasa Malaysia sepatutnya menjadi satu bahasa perantaraan yang baik sama ada dari segi akademik, pentadbiran mahupun perniagaan. Ianya juga sepatutnya menjadi satu medium komunikasi utama di Malaysia.

Oleh yang demikian, gua tidak bersetuju sama sekali tindakan Kumpulan Pendidik Cina yang cuba menggesa Kementerian Pendidikan agar mengkaji semula peraturan baru waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Ini kerana tindakan seperti ini menunjukkan sikap tidak prihatin dan patriotik terhadap sistem kenegaraan.


Sewajarnya tindakan sebegini ditentang dan dihalang kerana ianya secara tidak langsung akan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa alternatif dan terpinggir di Malaysia. Jika mana-mana sekolah vernakular ingin dan bertegas mahukan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dikurangkan dan melebihkan bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, maka sewajarnya pihak Kementerian Pendidikan mengekalkan dan mewajibkan kembali sistem "kelas reform" @ "kelas peralihan" bagi mana-mana pelajar dari sekolah vernakular yang ingin masuk ke sekolah Menengah.

Malah selain daripada "kelas reform @ kelas peralihan", adalah terbaik jika Kementerian Pendidikan dapat melaksanakan kembali Ujian Lisan Bahasa Malaysia pada peringkat SPM sebagai satu daripada ujian wajib yang perlu mendapat kepujian didalam peperiksaan SPM. Jika mana-mana pelajar gagal dalam Ujian Lisan Bahasa Malaysia, maka mereka wajib mendudukinya kembali (mengulang) peperiksaan yang sama pada tahun berikutnya.

Jika gagal Ujian Lisan Bahasa Melayu, maka pelajar tersebut patut digagalkan dalam SPM.

Bersangkutan daripada itu, gua berpandangan bahawa selain ujian MUET Bahasa Inggeris yang diwajibkan diambil oleh semua pelajar pusat pengajian tinggi di Malaysia (IPTA dan IPTS), maka sepatutnya satu lagi ujian wajib yang ditetapkan kepada semua pelajar IPTA dan IPTS adalah ujian khas lisan Bahasa Malaysia (UKLBM).



Itu pun kalau Kementerian Pendidikan ada keberanian dan bertanggung jawab dalam menentukan dasar dan kepentingan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Yang ini gua tidak berani nak jamin sebab Kementerian Pendidikan dari dulu lagi adalah sebuah Kementerian yang selalu tidak bersungguh dalam penentuan sesuatu dasar yang termaktub dalam perlembagaan.

Berkaitan : Guru Cina gesa kaji masa mengajar, belajar BM, BI

Dan sebagai tambahan, semua permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam (termasuk guru di sekolah vernakular) dan sebagainya perlulah para calon lulus dengan cemerlang ujian lisan Bahasa Malaysia yang gua cadangkan dikendalikan secara professional oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

19 July 2013

Lawak Ramadhan Tahap Dewa Jalan Duta

Bhai/DeeDee.... walaupun gua agak sibuk hari nih pasai nak kena setelkan satu server yang kena SYN Flood (suspected on UDP Port 19).. tapi gua sempat jugak jengah kat Sinar Harian.... hahaha... seperti biasa... Sinar Harian nihlah diantara beberapa sumber menghilangkan tensen kerja...

Boleh la jadi bahan lawak Ramadhan tahap dewa jalan duta.... Hahahaha


Memang lawak la aper yang diperkatakan oleh MB Johor si Khaled Nordin yang ntah macam mana la boleh jadi Menteri Pengajian Tinggi dulu aaa...  statement yang selalu dier nih keluar nampak sangat lawak tahap dewa jalan duta.... bengap lagi tak ketahuan...

Sori aaa .... bukan aper... bukan nak kutuk mender pon... cuma statement dier nih sebenarnya tergantung.... dier nak tibai blogger mana aaa... yang kononnya akan memberikan kesan buruk kepada negara.... Hahaha.... Yang biasa tak professional aderlah blogger pro-UMNO.... yang macam PapaGomo lar... hahaha...

Yang mempunyai agenda buruk (jelik dan penuh dengan ke"porno"an) aderlah PapaGomo dan ParpuKari... dan diorang ader agenda tertentu demi mencapai hasrat diorang... PapaGomo jugaklah yang selalu menyamar sampaikan penguatkuasa undang-undang tak dapat nak amik tindakan kepadanyer... Even member-member yang kenal betul dier pon tak ngaku kenal..... hahaha... lawak siot...

Golongan ini memang digunakan oleh kumpulan, organisasi atau individu tertentu untuk mencapai hasrat dan tujuan mereka tanpa mempertimbangkan kesan buruk kepada negara....

Nampak sangat lar Khaled Nordin nih tibai blogger pencacai UMNO/BN nih.... kesian..... hahahaha



JOHOR BAHRU - Perbuatan segelintir pengamal media baru khususnya ‘blogger’ menulis tanpa sempadan menerusi laman blog boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain gagal mematuhi etika kewartawanan, perbuatan itu membuktikan sikap tidak profesional dan mempunyai agenda tertentu demi mencapai hasrat serta tujuan mereka.

“Pengamal media tidak rasmi ini bijak memilih isu yang diketengahkan sesuai dengan keadaan semasa dan mereka sering menyamar hingga menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang.

“Malah, tidak mustahil golongan ini digunakan oleh kumpulan, organisasi atau individu tertentu untuk mencapai hasrat dan tujuan mereka tanpa mempertimbangkan kesan buruk kepada negara,” katanya dalam ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md Jais Sarday pada Majlis Iftar Ramadan Jabatan Penerangan Johor Bersama Pengamal Media Massa, malam kelmarin.

Mohamed Khaled berkata, pengamal media tidak rasmi itu juga sering mengetengahkan isu kononnya tiada kebebasan akhbar di negara ini di samping beranggapan media dikongkong oleh kerajaan.

“Mereka selalu membandingkan media negara ini dengan media luar negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Namun hakikatnya apa yang berlaku di Malaysia, kebebasan akhbar adalah terjamin.

“Dakwaan negara maju bebas dari kawalan kerajaan juga masih samar kerana akhbar atau organisasi media di negara berkenaan dikawal oleh golongan kapitalis yang menjadi ‘backbencher’ kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, pengamal media tidak seharusnya berfungsi seperti blogger yang sering meletakkan kenyataan berunsur desakan dalam blog serta laman sosial yang begitu terbuka penggunaannya dalam kalangan generasi muda.

“Pengamal media bukan hanya wajib mengetengahkan apa yang benar, tetapi juga melaporkan sesuatu berita dengan penuh tanggungjawab dan keyakinan bahawa laporan adalah untuk kebaikan serta kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya,” katanya.

18 July 2013

200 KM

Bhai/DeeDee sekalian.... Sori... Sepanjang hari nih gua tak update blog... Gua terpaksa berkejar-kejaran dari "Safa ke Marwah" dengan motor... Hahaha... 200 km sehala tue.. Mampuih...

Gua pi Jengka dan Pekan serta Gambang sebab server di tiga lokasi nih ader masalah kritikal.... Jadi team yang lain tengah buat deployment Wireless Bridging 155mbps dari satu kampus ke kampus lain...

Hehehe... Ini bukan kerja hakiki gua la... Hahaha... Tapi biasa la... Gua nih macam-macam kerja buat dalam satu masa.... Hahaha... Tapi duit sen seciput jer la... Aper daaa...

Oh yer... Tadi nyaris tak eksiden kat area Cherating pasai gua terlelap sambil merempit motor... Giler betul lar.. Nasib baik gua bawak motor sambil dengar MP3 dari tepon gua cap buah tue... La nih lagu sumer sudah ilang dari MP3... Sudah ganti dengan ayat-ayat suci Al Quran dan Zikir..

Umur sudah 40++ la bhai... Mati is around the corner... Malaikat Maut skrang tengah tunggu the exact time... Jadi kena ingat-ingat la... Gua harap gua dapat selesaikan semua hutang dengan manusia dan dengan Allah sebelum gua meninggal dunia..

Kalu nak abis nyawa pon biarlah gua dapat selesaikan gua punya hutang dengan orang sumer..

17 July 2013

Ini Yang Buat Gua Lagi Terbakar

Bhai/DeeDee .... untuk kesekian kalinyer.... tetiba biler gua tengok gambar dibawah nih.... terus gua rasa naik menyampah..... ini yang buat gua lagi terbakar nih....... Macam-macam cara la nak kutip zakat.... kreatif sungguh.... agaknyer lepas nih ader plak kot kaunter pungutan zakat kat atas flight ker.... atau kat atas Feri Pulau Pinang..... fuyoh...


Gua rasa aaa... kalu inilah perangai nak mengutip zakat .... baik pow jer satu lorong kat Highway PLUS ker... highway memana ker... atau atas Jambatan Pulau Pinang ker... atau di Link Kedua ker... atau atas Tambak Johor,...... kutip zakat laju jer... siap buat sistem drive thru..... macam McDonald la pulak...

Tapi.... macam gua bising itu hari lar.... hampeh... langsung takder idea canggih skit nak mempermudahkan orang ramai nak mohon bantuan zakat.... langsung takder banyak kaunter mobile dan bergerak... langsung takder kaunter drive thru.... semua kena pegi ke pejabat Zakat dan Baitulmal.... itupon kalo ader pegawai.... kalu pegawai pi kursus ka... bercuti kar.... alamat pakat tak dapat la nak tolong....

Macam-macam kerenah... hampeh... tabley pakai.... Ntah biler la diorang nih nak mempermudahkan permohonan bantuan zakat kat asnaf yang ader 8 tue..... ntah biler.... yang senang nak dapat bantuan zakat cuma satu asnaf jer.... iaitu asnaf amilin.....  hanya mudah untuk amil mendapatkan bahagian diorang.... hampeh...

Yang lebih berhak... yang lagi tujuh tue... sampai kesudah lar nak dapat pon.... siap ader asnaf yang mati dulu pon tak dapat hak dier.... aper daaa .... macam hampeh jer....

Berkaitan :
Gah bercerita bab collection zakat... tapi macam hampeh bab agihan.... berapa ramai asnaf yang tak terbela di Melaka.

Nak semak maklumat kat Pusat Zakat Melaka (PZM) pon tabley.... belum lagi nak semak agihan... aperdaa

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1