Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

13 December 2022

Jangan Sombonglah

Bhai/DeeDee semua...

Bukan tak biasa kita tengok pegawai kerajaan (mostly pegawai kerajaan memang Melayu) berperangai pelaq, sombong dan perasan bagoosh... Biasa dah kita tengok camtue... Dan tiap kali pon memang akan terlepas tak kena tindakan...

Cuma kali ini nasib tak baik menyebelahi pegawai level TURUS nih... Hahaha

Memang patut pon dier kena pecat.. cuma lama sangat tindakan nak diambil... Ogos buat perangai... Disember baru kena pecat... patut lagi awal kena... 

Maybe mangkuk nih kena pasai Kerajaan Persekutuan dah bertukar... cuba kalu Kerajaan yang lama... pemerintah yang lama... maybe selamat mangkuk nih... maybe kes dier akan disapu dok bawak karpet... Hahaha... macam la tak biasa kan... Hehehe

Hadan Huker la... hidup janganlah sombong.,,


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd. Syafiq Abdullah ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49(3), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) berkuat kuasa, hari ini.

Berdasarkan sekeping surat yang tular hari ini, Mohd. Syafiq turut dibersarakan mengikut perenggan 10(5)(D) Akta Pencen 1980 (Akta 227).

Jelas surat yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali itu, kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd. Syafiq yang juga merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama Turus 1 (Memangku) demi kepentingan awam.

Dalam kejadian 3 Ogos lalu, Mohd. Syafiq didakwa telah menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam satu perselisihan faham di antara mereka.


 

3 comments:

  1. Kenapa negara kita penuh dengan orang yang tamak kuasa,kaki rasuah,penjilat? Kena sumpahan mahsuri juga ke

    ReplyDelete
  2. Bakal pesara level TURUS ni patut bersyukur dan nikmati persaraan,Pencen jalan macam biasa, bukan nya pencen hangus.

    ReplyDelete
  3. Kenapa dipecat sahaja? Sepatutnya jika ada melakukan rasuah atau salah guna mereka patut disiasat dan dakwa jika ada kes. Sekarang mereka cuma dipecat tapi dapat simpan hasil korupsi berjuta ringgit. Di mana keadilannya?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1