Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

01 June 2021

Sembang Tak Ambil Gaji

Bhai/DeeDee semua...

Gua takmo nak amik port sangat pasai sembang PM yang Menteri dan Timbalan Menteri akan tidak mengambil gaji selama 3 bulan... konon nak menunjukkan solidarity dengan rakyat yang tertekan dengan lockdown dan hilang pekerjaan akibat dari kesan langsung Covid-19.

Gua takmo ami port..

Sebab masalah yang paling membelenggu Malaysia selama ini bukanlah pada gaji para Menteri dan Timbalan Menteri.... sebab walaupun bangang sekali pun... mereka tetaplah buat kerja... walaupun mungkin kerja itu tak setaraf ngan nilai gaji yang mereka dapat...

Tapi....

Yang paling karut sekali adalah pembayaran gaji / elaun / emolumen kepada para Dewata Raya, Dewa, Dewi dan segala keturunan kayangan semua tue.... Ini paling karut... sebab semua nih bukan ader buat kerja sikit pon... Satu aper pon takder... melainkan joli sana sini.. enjoy sana sini...

Apa kerja mereka yang melayakkan mereka dapat gaji / elaun / emolumen secara tetap bulanan... dari yang tua bangka sampailah yang baru lahir.... karut betul la..

Membazir.... semua ini membazir....

Kalu nak pendapatan... sila kerja... sila buat kerja yang selayaknya... bukan tunggu saja tetiap sampai tarikh semua masuk dalam akaun bank....  



4 comments:

  1. Rasulullah dan pengikut-pengikutnya benar-benar menjadi mangsa pemulauan tersebut, iaitu selama tiga tahun.

    Tekanan dan penderitaan yang dialami merupakan satu lagi episod kekejaman Quraisy malah mereka sebenarnya dapat mendengar akan jeritan, raungan dan jerit tangis mangsa-mangsa terutama kanak-kanak Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib yang benar-benar tertindas akibat pemulauan itu.

    Manakan tidak mangsa-mangsa hanya mampu makan sebutir kurma sahaja sehari. Bahkan hanya setengah butir sahaja yang terpaksa dikongsi-kongsi dengan orang lain.

    pemimpin bersusah payah ngan pengikut untuk Islam

    depan mata kita jrnih pemimpin apa ynag duk ada

    3 bulan apa kesan snagat duit belambak dalm bank
    kalau ikut kekayaan ynag dilapor kat sprm masing masing
    ada banyak harta
    ada pemimpin pun tak bolih jadi ikutan

    Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah

    nak jadi pemimpin ynag baik kena ikut Nabi

    Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    ReplyDelete
  2. Gitu la Adar manusia ada yg mkn lauk ikan bilis, ada ayam, daging dll. Lebih cakap D6 tunggu bro..!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, pada pendapat saya gaji yang kita perolehi adalah satu imbuhan kepada amanah yang diberikan kepada kita iaitu kerja. Jika kita tak menjalankan amanah/kerja itu dengan betul dan jujur, saya rasa kita telah tidak amanah lagi. Dalam Islam salah satu dosa besar adalah tidak amanah. Kerja juga boleh dikatakan sebagai janji untuk melakukan kerja mengikut arahan dan ia termasuk dalam aku janji kita waktu mula masuk kerja, Jika kita tak buat kerja betul betul maksudnya kita telah Mungkiri janji yang kita buat, munkir janji pun termasuk dalam dosa besar. Tapi mungkin kerana mereka ingat pintu taubat sentiasa terbuka, jadi tak mengapa jika tak amanah atau mungkir janji sebab lepas buat boleh bertaubat. Mereka tak fikir satu perkara, sempat tak mereka bertaubat????

    ReplyDelete
  4. Total lockdown onn ke tak onn. Kes fitnah jijik 1MDB sudah di penghujung jalan. Jangan buat buat lupa kes DIEG.

    Ketika isu 1MDB menjadi viral, rakyat Malaysia kesemua nya mahu menjadi hakim dan berlagak pandai dengan soalan soalan yang konon nya memerangkap orang lain sehingga tidak mampu menjawap, dan bangau mereka pun berhujah berlagak hebat2 mereka lah yang pandai belaka.

    Nama Jho Low dijaja serata dunia, sebelum PRU14 ada yg berguling guling atas jalanraya mahu heret Jho Low. Allah maha kuasa hanya 22 bulan berkuasa (bukan 22 tahun menipu dan mengoreng acah acah Melayu ultra) Jho Low lansung tidak ditangkap malah lesap terus...!! Puuuiii..!!!

    Angkara fitnah jijik si penguasa zalim melakukan apa saja demi kuasa, anak cucu dan kroni.

    Jho Low mencermin kan betapa lemah nya pemimpin Melayu diperkotak katik kan oleh bangsa Jho Low...!!!!

    Mungkin sekarang Jho Low sedang tepuk tangan melihat kebodohan pemimpin Melayu bercakaran dan londeh melondeh sesama sendiri sampai hujung nyawa. Tidak terkejut ada sesetengah pihak menjulang Jho Low sebagai wira pejuang bangsa nya.

    Ia tidak sama dengan kes meliwat , walau pun petunjuk menuju ke arah itu dan video CCTV semua menunjukan kecenderongan kepada itu, mereka masih mencari jalan lain untuk menafikan nya.

    Ada juga Bangau tua yang cuba menafikan sampai hujung nyawa dengan jawapan klise 'Bukan Salah Saya' begitu sinonim dengan lagu rakyat 'Bangau oh Bangau'.

    Acah acah ultra Melayu akhirnya bangau tua menyungkur dipintu tokong besar kerajaan Singapura manakala adik tokong pula ada kerajaan negeri di Pulau Pinang.

    Namun dalam isu 1MDB , walau pun sudah hampir 2 tahun , ia masih di peringkat soalan dan andaian yang masih tidak kelihatan bukti nya mereka sudah pun mempercayai dan menjatuh kan hukum.

    Masih ingatkah lagi wahai bangau bangau sekelian berkenaan isu rompakan di siang hari di depan mata. Isu bekas MB Selangor merangkap Menteri Kanan dan kes DEIG.

    http://semaremas.blogspot.com/2015/08/kisah-sedih-rakyat-selangor-kena-tipu.html?m=1

    Dalam jumlah 30 billion yang jauh lebih besar dari 1MDB 2.6 billion isu dana dan juga 7.6 billion yang entah ke mana pergi nya, mereka yang berlagak hebat yang kuat mengejek ejek dan memperli Datuk Seri Najib sudah hilang tanpa dapat di kesan.

    Wang yang konon difitnah mencuri sudah dipulangkan dan buat sumpah laknat lagi.
    Pakar kewangan dan pakar menyoal isu 1MDB sudah bertukar menjadi dunggu dan bebal. Tanpa kelibat Jho Low, Nik Faisal Zety dan lain lain perbicaraan 1MDB adalah berat sebelah, pincang dan cacat.

    Pakar FB dan whatsapp yang acap kali menghina 1MDB dan DS Najib sudah tidak terkata dan menjadi bodoh tahap gaban. Sekurang kurang nya sudah dijawab dengan baik dan tuntas dengan fakta dan bukti.

    Atas nama tranperensi dan tanggung jawap tiba tiba DIEG dengan syarikat RM2.00 sahaja boleh ambil alih harta bernilai 30 billion di bawah bekas Menteri Besar Selangor Incorporation” dan sekarang Menteri Kanan PN. Total lockdown yang tidak total..!!

    Masih ingatkah lagi wahai bangau sekelian harga mengecat pintu gerbang haramjadah zaman ex- MB hingg mencecah 10 juta.!!

    http://jawaber6.blogspot.com/2015/12/cat-pintu-gerbang-rm97juta-harga-yang.html?m=1

    Dalam isu DIEG ini sekurang kurang buat lah sumpah laknat untuk bersihkan nama. Jangan jadi prinsip bangau oh bangau 'Melayu Mudah Lupa'. Prinsip universal ini harus di amal kan oleh semua.

    Bila bangau mengata orang lain sepatut nya perhati kan diri kau sendiri sekurang kurang nya fahamkan bait bait lagu " Bangau oh Bangau” itu.

    Bukan Salah Saya sinonim dengan lagu rakyat 'Bangau oh Bangau'. Paku dulang paku serpih, ngata orang kau yang lebih.!!

    #bangaudahpulangsuarasumbang

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1