Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

04 November 2009

Artikel Lama Tulisan Jeff Laza

Dulu dalam tahun 1996 .. gua dah ader webserver sendiri... yang lawak tue... giler banyak abis duit handle server tue ... yer la masa tue tak banyak syarikat provide web hosting... kalu nak ader web server sendiri... kena la hosting sendiri kat mana-mana tempat yang ader Internet connection ... Masa tue gua invest beli dua rak 42U untuk hosting server gua dan client gua... semua nie buat kat Boulder, Colorado ... sewa satu space office kat sana...

Ambik line internet pada kelajuan OC12 dari UUNET dan backup T3 dari Sprint.

Ader la bisnes sikit... umur baru 25 masa tue... hahaha.... kalu lu nak tau... nie hah gua publish spec server gua masa tue...

  • 1 set Silicon Graphics INDY Web Server (SGI) using IRIX O/S Ver 6.20.
  • 256 Mb of RAM on each Server.
  • 2 Gb FAST SCSI III Seagate Hard Disk.
  • 2 set of 4.3 Gb Magneto Optical Disk (Pinnacle Micro) for backup.
  • 4 set ALR P166 Redundant Server using MINIX O/S Ver 5.2.
  • 128 Mb of RAM on each Server.
  • 1.7 Gb WIDE SCSI II Seagate Hard Disk.
  • 2 unit Cisco 7505 Router (one for backup)
  • OC12 Internet backbone connectivity via UUNET and T3 via Sprint
hahahaha.... lawak kan ... kira dah abis hebat dah konfigurasi tue.. masa tue la... syarikat ALR (American Logic Research) pun dah bungkus dah sekarang nih..... hahaha ...

nie gua nak publish satu artikel lama tulisan Jeff Laza bertajuk "Dunia Gigolo" ... artikel nie sumbangan websurfer yang gua langsung tak kenal (kalu lu kenal sapa Jeff Laza.. tolong bagitau gua okeh).... artikel nie la paling glamer kat dalam ruangan "shared stories" tumpang sekaki server gua masa tue... hehehe

Hai namaku Jeff. Ruangan ini mungkin tak mampu mengisi keseluruhan pengalamanku ini. Biar pengalaman ini kita kongsi bersama supaya menjadi pengajaran kepada semua. Ketika ini umurku 23 tahun. Aku seorang yang agak tampan. Pernah anda membayangkan dunia sebagai seorang gigolo? Penuh kemewahan, memiliki apa yang orang lain tidak pernah bayangkan. Aku mampu melancong ke Eropah ketika umurku 18 tahun. Tidak siapa pun boleh membayangkan yang anak miskin dari Lembah Derita mampu menghabiskan wang di Eropah.

Biar kumulakan cerita dari awalnya. Aku berasal dari kampung pedalaman. Negeriku terletak di Pantai Barat Semenanjung. Pelajaranku sehingga SRP sahaja , kerana gagal untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 , aku berhijrah ke bandar. Pada mulanya aku bekerja di pasar malam di kawasan-kawasan sekitar bandar.

Semasa bekerja di sana aku telah berkenalan dengan seorang janda , Jess , umurnya 38 tahun hampir sebaya ibuku. Disebabkan kerana simpatinya padaku dia mengajak aku tinggal bersamanya. Ajakkannya kuterima dengan hati yang terbuka tambahan ketika itu aku tinggal bersama pekerja-pekerja majikanku.

Jess mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 8 dan 10 tahun. Kedua-duanya cepat mesra denganku. Jess mempunyai sebuah firmanya sendiri. Hidupnya tidaklah mewah tetapi serba mencukupi. Setelah beberapa lama tinggal bersamanya , dia mencadangkan supaya aku berhenti kerja dan meminta aku menjaga kedua-dua anaknya. Dia sanggup membayar gaji kepadaku melebihi gaji bekerja di pasar malam. Aku terima tawarannya dengan senang hati tambahan pula aku mula menyayangi mereka.

Pada suatu malam selepas menonton tv , kami berbual. Jess menceritakan tentang bekas suaminya yang lari meninggalkannya bersama orang lain dan kesunyiannya melalui kehidupan seharian. Katanya sejak kehadiranku hidupnya mula berubah. Aku bangga sekurang-kurangnya aku masih diperlukan. Jess mula menceritakan tentang keinginan batinnya dan bertanya samada aku pernah membuat hubungan dengan sesiapa. Aku mengeleng kepala. Lalu dia menawarkan khidmat percumanya untuk mengajarku. Katanya amat malu jika lelaki tidak tahu melayani wanita.

Aku menerimanya sebagai satu pelajaran. Jess memulakan langkahnya aku hanya memerhati dengan penuh minat. Setiap gerakannya aku perhatikan , setiap arahannya aku turuti. Sessi latihan ini berakhir setelah aku merasai "sesuatu" terlepas dari tanpa kawalan.
Sejak itu kami sering melakukannya bersama-sama. Ternyata aku murid yang cepat menerima ilmu. Kadang-kala Jess pula yang menerima tunjuk ajar dariku. Perbuatan ini sering kami lakukan terutamanya jika masa terluang. Sesekali aku terasa amat keletihan dan sering menolak keinginan Jess tetapi seringkali juga menimbulkan kemarahannya.

Suatu hari aku memberitahunya aku ingin mencari pekerjaan yang lain setelah anaknya yang sulung berumur 12 tahun . Jess benar-benar sedih dengan keinginanku ini lalu menawarkan gaji yang lebih tinggi untukku. Jumlahnya benar-benar mengejutkan aku. Tak pernah aku sangka orang sepertiku mampu menerima gaji setanding eksekutif di syarikatnya.
Tawaran ini benar-benar mengubah keputusanku ini. Hidupku berterusan sehinggalah.....

bersambung ...

Gua tengah cari sambungan kepada artikel lama nih.. kalu jumpa gua update balik okeh... hehehe

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1