Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

03 June 2010

Akhbar Harian Rakyat

Pimpinan Pakatan Rakyat serta Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat

1.Pada 23 Februari 2008, PAS, DAP & PKR (selepas ini dirujuk sebagai “Pakatan Rakyat”) telah menandatangani akuan penyokongan terhadap Deklarasi Rakyat, dan dengan itu, berjanji untuk bekerja demi dan bersama rakyat dalam usaha merealisasikan aspirasi yang digariskan dalam Deklarasi Rakyat, termasuklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menjamin dan melindungi kebebasan media.

2.Dalam Pilihanraya Umum ke-12, lebih 4 juta penduduk Malaysia telah mengundi dan memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk melaksanakan janji serta agenda politiknya yang bertujuan untuk membawa pembaharuan dan reformasi. Walaupun Barisan Nasional tetap memperoleh jumlah kerusi parlimen yang cukup bagi membentuk kerajaan persekutuan tanpa 2/3 majoriti, Pakatan Rakyat telah dipertanggungjawabkan dan telah membentuk kerajaan di negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor. Dalam bulan Februari 2009, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah ditumbangkan oleh Barisan Nasional melalui beberapa percaturan politik yang tidak telus dan menimbulkan banyak syak wasangka dan menyebabkan Pakatan Rakyat kini membentuk kerajaan di empat buah negeri.

3.Media massa arus perdana, tidak kira sama ada media bercetak atau media elektronik, terus memaparkan laporan yang tidak tepat.

4.Isu campurtangan politik di NTV7 dan RTM baru-baru ini telah mengingatkan semula masyarakat bahawa selagi media dimiliki atau dikawal oleh entiti politik menerusi apa-apa cara atau kaedah, rakyat Malaysia tidak boleh secara realistik berharap untuk menerima laporan berita yang telus serta tidak berat sebelah.

5.Berkaitan hal ini, kami mengambil maklum bahawa Seksyen 25(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menyatakan bahawa “Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh meliputi hasil penerbitan atau membuat apa-apa dokumen atau majalah berkala oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun” dan kami faham bahawa menerusi seksyen tersebut, keempat-empat buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhak mencetak, menerbit dan mengedar suratkhabar negeri masing-masing tanpa perlu mendapatkan permit daripada Kementerian Dalam Negeri.

6.Kami kini menuntut pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri-Menteri Besar, Ketua Menteri dan ahli Exco keempat-empat buah kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menunaikan janji mereka kepada rakyat dan mengambil setiap langkah yang sewajarnya untuk menjamin dan melindungi kebebasan media dan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk membolehkan penerbitan, pencetakan dan pengedaran sekurang-kurangnya sebuah akhbar harian negeri, dalam Bahasa Malaysia, dalam jangka masa dua (2) bulan ini.

Sila tandatangan disini: Petition Online

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1