Ringkas jer... Korang nak ikut Nabi ka atau takmo? Pilihan ditangan korang... Gua plak semestinya akan sentiasa ikut Nabi....
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Jalur Gemilang Terbalik Satu Agenda Jahat
- From Taiping With Love
- Makin Bangang
- Mudah Kerja - Salahkan Sahaja Pada Banjir
- Yang meluluskan pelaburan bermasalah sebegini patut disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman
- Chegu Bard mendakwa PMX ditaja 15 tahun berjumlah RM2 billion
PERINGATAN !!!
30 May 2021
Betullah Tu Tidak Ditahan
Mengikut takrifan undang-undang... adalah benar Khairuddin At-Takiri tidak ditahan di SJR Perasing pada 16 Mei 2021.... Betul dia tidak ditahan.
Sebab itu kenderaan Khairuddin At-Takiri tersebut diperiksa oleh anggota PDRM yang bertugas.... Ini SOP biasa... ini carakerja biasa... Persoalannya sekarang ini... kenapa Khairuddin At-Takiri bertegas mengatakan yang dia tidak melakukan kesalahan... sedangkan ianya memang telah mengabaikan keperluan surat kebenaran rentas negeri..
Aderkah hanya kerana dia Menteri Persekutuan... maka Khairuddin At-Takiri boleh memandang ringan kepada undang-undang yang memerlukan beliau mendapatkan surat kebenaran rentas negeri.?? Ini sesuatu bentuk penyalahgunaan kuasa... ini satu bentuk rasuah...
Takkan la orang yang katanya faham bab agama boleh melakukan perkara sebegini.
29 May 2021
Total Lockdown? Adakah Anda Bersedia?
Alasan yang kerajaan berikan adalah Kerajaan telah berbelanja RM600 bilion sepanjang fasa perlaksanaan PKP termasuklah lockdown 1.0 sehingga kini...
28 May 2021
RTM Menimbulkan Kegentaran Awam?
Macam mana boleh jadi camnie... Adoilah... cukup la Nilai 3 ja sudah hilang jadi sebahagian dari Selangor... Ini Seremban la pulak... Adoilah...
Apa nak jadi ni RTM ooi... ini sudah menimbulkan kegentaran awam ni...
27 May 2021
Azalina Lebih Bertelur Berbanding Azhar Harun
Azhar Harun nih adalah kawan gua... Tak la rapat sangat tapi boleh la... Cuma gua kesal semenjak dier dapat kuasa menjadi Speaker dan Yang Dipertua Dewan Rakyat... dier punya nada dan cara tindakan dah tak sama macam apa yang dier perjuangkan dahulu... totally different..
26 May 2021
Perang Akan Bermula Kembali
Hahaha..... Tajuddin Abdul Rahman dah kena pecat daripada jawatan Pengerusi Prasarana Berhad.... Mana taknya ... perangai macam bangang dibuatnya ketika menjawab soalan masa Press Conference berkenaan kes kemalangan LRT tempohari...
Boleh pulak dier ketawa dan bagi komen sinis... macam takder empati dengan mangsa kemalangan.
Pesawat Pengintipan Israel Di Ruang Udara Putrajaya?
Gua tahu semalam kecoh bab pesawat pengintip Israel yang katanya berada di ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura...
Huhuhu....
Benda ni biasa jer ... tak terkejut pon... tambah lagi ianya adalah pesawat komersial Boeing 737-400 yang telah diubahsuai... dan terbang pula diatas ketinggian 30 ribu kaki... sure CAAM dan ATC dah bagi kebenaran... dan sure ATM (TUDM) dah alert pasai ni...
Biarkan la TUDM buat pemantauan depa... takkan semua nak publish dalam Sosmed... bab Menteri Pertahanan lembab sangat nak bagi kenyataan.... wei... bab Genting Highland punya kasino beroperasi pun dier tatau apa lagi mau tanya pasai pesawat pengintipan Israel ni....
Sudahlah #PMmengakuBodoh ... sure la takkan ader Menteri Kabinet yang lebih pandai dari #PMmengakuBodoh ni... tak logik sungguh la....
25 May 2021
Polis Pon Koyak Ke?
Bhai/DeeDee semua...
Apa itu vandalisma? Tetiba jer PDRM cakna pasai vandalisma... walhal dah berpuluh tahun tulisan ABAI ujud di mana-mana, MAHATHIR UNDUR ader dimana-mana, REFORMASI ader dimana-mana... MAHAFIRAUN ader dimana-mana... MAHAZALIM ader dimana-manaTetiba jer biler ujud #KerajaanGagal dan #KerajaanBodoh ... PDRM trigger... nampak lekeh benar ka ... cepat sangat terkesan dengan troll ... kelakar sungguh la... aper yang kelamkabut sangat nih...
Walhal PM sendiri pun mengaku dia bodoh... dalam saluran tv perdana lagi.... live lagi katanya.... adoilah... #PMmengakuBodoh
Kenapa? Ader goyang ka?? Ader koyak ka?
24 May 2021
Hello PAS, Tolong Tengok Sini Kejap...
Isu Kasino di Genting Highland nih adalah satiu isu yang dah lama... susah nak buat apa sebab ada tangan-tangan ghaib yang bertaraf dewata raya yang mengawalnya... sebab itulah operasi mereka tiada gangguan langsung... waima ketika berlakukan penularan wabak Covid-19 nih...
Huhuhu...
Jadi tak terkejut la kalu dikatakan ader kakitangan Kasino Genting yang rasa takut nak bekerja sebab mudahnya penularan jangkitan akibat dari susahnya nak mengawal SOP penjarakan sosial di meja judi..
Aper pun... kita amat berharap Ahli Parlimen dari PAS yang ramai dalam Kerajaan Persekutuan sekarang ini agar dapat berbuat sesuatu.... Hello PAS ... Tolong tengok sini kejap.. ... please la.... takkan dah ader jawatan semua dah tak boleh nak tengok dan peratikan Genting nih...isu kasino tue... adoilah PAS.
Ini Menimbulkan Kegentaran Buat Pelabur
Huhuhu... payah jadinya kalu Perdana Menteri sendiri mengaku dirinya bodoh.. Adoilah.
23 May 2021
Relevan Ke Lagi Anwar Ibrahim?
Bhai/DeeDee semua...
Satu bab yang gua nak citer aderlah... la nih yang dok hurung Anwar Ibrahim aderlah cytro BBNU.... yang langsung takder nama dan credential besar... stakat glamer dalam sosmed yang penuh ngan bebudak yang tak layak mengundi pon... Hahaha...
Sebab apa jadi camnie... sebab Cytro otai yang dulunya support tanpa berbelah bagi ngan PH semua dok tengok dari jauh ja... pasai aper??? Pasai masa PH menang tempohari... PH tak layan dan tak pandang langsung pada Cytro otai PH semua nih... PH lebih layan cytro UMNO/BN/PAS .... hahaha
Sebab itu la Cytro otai PH semua buat tatau ja apa nak jadi ngan Anwar Ibrahim.... Dah kurang blogger dan cytro besar-besar dan ternama nih nak up apa-apa pasai Anwar Ibrahim..... lantak pi la kat Anwar Ibrahim... so... relevan ke lagi Anwar Ibrahim untuk PRU15 dan seterusnya??
Biar gambar ini menjadi jawapannya...
Tak Logik Lar
Tak logik la kerja-kerja clandestine ada dipamerkan maklumatnya dalam carta aliran organisasi atau pun di laman web organisasi... itu kerja gila dan bodoh la namanya.... Hahaha
“Soalannya, selepas pertukaran kerajaan (kepada PN), adakah mereka mengaktifkan semula unit bermatlamat politik ini? Itu kebimbangan saya.
“Saya percaya kepada Polis Diraja Malaysia dalam hal ini, tapi mereka kata arahan datang daripada SKMM pada saat-saat akhir. Itu benar-benar mewujudkan kesangsian,” katanya lagi.
SKMM hari ini juga menafikan adanya "unit khas" dalam suruhanjaya itu untuk tujuan politik, gangguan politik, kempen sabotaj dan lain-lain.
"SKMM berperanan untuk mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (ASKMM) 1998 dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta susunan organisasi SKMM dibentuk dan disusun sesuai dengan peranan kawal selia yang dilaksanakan oleh SKMM.
"Dalam hal ini, pihak SKMM ingin menjemput YB Syed Saddiq untuk hadir ke SKMM yang mana Suruhanjaya bersedia untuk memberikan penerangan penuh mengenai peranan dan carta organisasinya yang juga boleh didapati di laman sesawang rasmi SKMM,"
22 May 2021
Ini Bukan Di Gaza
Ini bukan berlaku di Gaza... tapi berlaku di Negeri Serambi Mekah.... akibat dari penyelupan mercun ... terbakar... meletup dan... terputus dua kenderaan.... nyawa pun hilang...
Huhuhu... giler betul...
Patut imej macam ni hanya di Gaza atau Tebing Barat ja.... huhuhu
Hanya Sebab Neelofa, Negeri Sembilan Hilang Nilai 3
21 May 2021
Kebodohan Itu Nyata
Kebodohan itu nyata... mana tak bodoh... dalam keadaan wabak pun masih tegar tak mahu menjaga keselamatan diri sendiri dan keluarga... Jadi bila dah terkena wabak... jangan la salahkan orang lain... Tak kisah la belum kena ka... atau akan kena kan... atau antibodi kuat lar.... no... Allah Taala larang bunuh diri..
Spesis ni memang bercambah dari hari ke hari... dan tak terkecuali ader gak dalam kalangan pembaca dan pelayar blog ini... Betul la... bukan semua pembaca dan pelayar blog ini sehaluan dengan gua... Hahaha... gua tak kisah pon sebenarnya... sebab yer la... kita bukan boleh paksa orang...
Tapi gua tetap mengatakan... kebodohan itu kekal nyata... dan ianya sebenarnya satu penyakit... penyakit mental... Hahaha
20 May 2021
Deyy KKM, Gua Sekeluarga Dah Buat Setahun Lebih La
Gua memang strict... sebab itu keluarga gua mengamalkan lockdown kendiri sudah lebih dari setahun... anak-anak pon dah rasa malas nak keluar rumah.... Tak perlu KKM bagitau pon kami dah amalkan.... tapi orang lain memang ramai yang bengap, bangang dan bebal...
Contoh macam Menteri, VIP, Selebriti dan Kayang semua.... termasuk la Permaisuri Agong yang pi bercuti bersama keluarga di Pulau Perhentian tue.... mana ader nak ikut buat lockdown kendiri...
Patut KKM bagi nasihat kat yang itu la... puak-puak yang itu termasuklah Ketua Pengarah KKM sendiri yang buat kenduri kahwin tak patuh SOP...
Ini Sohih Lawak.
Gua kalu ader mana-mana laporan analisis berkaitan dengan sentimen pengundi, politik dan rakyat... mesti gua akan amik cakna... Sebab banyak laporan macam nih biasanya sekadar syok sendiri ja... nak bagi up pihak-pihak tertentu ja... Hahaha ... tambah lagi kalu ader yang bayar... hahaha
Dalam ‘Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan’ yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.
Menurut tinjauan itu, yang berlangsung dari 26 Mac hingga 9 April lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus diikuti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (30 peratus) dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 26 peratus.
Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masing-masing memperoleh 22 dan 11 peratus daripada tinjauan berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata yang mewakili kumpulan umur, jantina, kaum serta kawasan Dewan Undangan Negeri.
1. Website yang tersenarai kononnya sebagai website O2Malaysia (www.o2malaysia.com) tidak ujud dan beroperasi.
2. Domain name yang digunakan sebagai e-mel server (o2research.co) juga tidak ujud dan beroperasi.
Hahaha... lawak siot..
19 May 2021
Sampaikan PDRM Pun Backup Neelofa
Hahaha... punya la nak selamatkan Lopa... sampai PDRM pun terpaksa keluar kenyataan yang kontradik ngan kenyataan PDRM sebelum nih...
"Pergerakan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagaimanapun dibenarkan dan ianya dikira sebagai satu kawasan jangkitan."
Kita semua kena tipu beb. Sebenarnya masa 1 Syawal hari tu, boleh aje nak ziarah rumah ke rumah. Asalkan dalam satu kawasan jangkitan yang sama.
Neelofa bijak. Kita semua bodoh.
Kebodohan Bukan Satu Jenayah
Hanya kerana ada yang bodoh, bebal dan bangang... maka ramai la yang terjangkiti dengan wabak Covid-19.... Payah nak buat kalu dah bodoh, bebal dan bangang...
Dah orang kata kalu sakit, demam atau batuk... dok la kuarantin diri sendiri... tapi takmo nak ikut... siap ada yang keluar berjalan-jalan... belum lagi yang siap pi solt berjemaah... sanggup solat dalam gelap pasai takmo kena tangkap...
18 May 2021
Mencari Perhatian
Satu penyakit mental yang agak kronik adalah "suka mencari perhatian" @ Attention Seeker.
Dan penyakit ini sebenarnya bukan sahaja kena pada artis yang bernama Noor Neelofa Mohd Noor tapi juga melibatkan seluruh anggota keluarganya .... Memang kronik aaa keluarga mereka nih...
Sampaikan berkali-kali membuat propa untuk mendapatkan perhatian dari warga internet dan Malaysia.
17 May 2021
Nampak Sangat Terdesaknya
Gua pernah kata dulu semacam ader kuota dalam urusan saman dan kompaun berkaitan SOP Covid-19 nih... macam kebulur sangat nak menyaman... kebulur sangat nak buat kompaun...
Pelik...
Bukan setakat Isteri yang antar makanan kepada suami pon kena saman kompaun.... tapi sampaikan pekerja restoren pon kena kompaun pasai makan di premis restoren tempat dier bekerja ... hanya disebabkan dier tak pakai pakaian seragam..
Sekejap...
Pekerja kedai tomyam pon takder pakai pakaian seragam.... macam mana kira nih... Otak takder ka?? Budi bicara takder ka?? Tau nak menyaman jer...tau nak mengkompaun jer...
Kita tau la Kerajaan Perikatan Nasional nih dah takder duit.. takder income... tapi jangan la bodoh sangat...
16 May 2021
Opocot Mak Kau
Bhai/DeeDee semua...
Kalu bukan magik ... bukanlah Ahmad Dasuki Rani namanya... hahaha..
Dari citer dalam alam kubur (macam la dier dah pernah dikuburkan) ... yang ntah mana dier dapat citer yang pastinya bukan dari Nabi Muhammad Rasulullah... sampailah citer kena panah petir wakto jadi iman solat...
Hahaha....
Magik betul lar... hahaha
15 May 2021
Mana Perginya Mereka Ini?
Mana perginya mereka ini semua... Hahaha... pelik gak... konon sembang macam dahsyat... tapi rupanya sekadar jaguh kampung ja... sesama bangsa ja berani... sesama bangsa jer boleh buat... sesana bangsa jer ilmu menjadi...
Hahahaha ... takkan taknak berjihad...
14 May 2021
Mana Diorang Beli Flare?
Gua cukup pelik.. Kejadian nih berlaku di Johor... dan puak JDT cukup terkenal bawak flare dalam Stadium semasa pertandingan bolasepak... Persoalan yang gua nak tanya sejak dari dulu aaa...
Mana diorang nih dapat stok flare? Beli kat mana? Siapa suppliernya??
Rajin benar depa gunakan flare nih... adoilah... stok mudah kot nak dapat disana... Hahaha
13 May 2021
Bapak Borek....
Raya? Dah Lama Tiada Rasa Raya
Maaf... kalu tulisan ini menghilangkan mood raya korang..
12 May 2021
Tak Dapat Lah Tahun Ini
Tahun sebelumnya... ada la peluang bakar mercun kat Marang... walaupun kawasan Marang tue sebenarnya kawasan yang takder ramai penduduk berbangsa Cina... dan masa main mercun tue... takder seorang yang berbangsa Cina join sekali... hahaha....
11 May 2021
PKP 3.0 - Rakyat Lebih Terjejas Teruk
Bayangkan dalam keadaan tiada kerja, pergerakan disekat, walaupun dikatakan sektor ekonomi dibuka... rakyat tetap tiada pendapatan... tapi tiada sokongan moratorium bank yang disediakan secara automatik kepada semua rakyat... maka kita akan lihat pihak bank tanpa segan silu akan terus menekan rakyat untuk pembayaran pinjaman bulanan perumahan dan kenderaan..
Dalam keadaan tiada pendapatan... apalah sangat yang mampu rakyat usahakan untuk membayar dengan pihak bank dalam keadaan makan minum pon terpaksa dicatu sebolehnya... macam mana nak survive ni? habaq mai sat.
Keadaan ini menjadi semakin kronik... kita bukan sahaja ada B40 ... tapi disebabkan teruknya keadaan ekonomi semasa PKP 3.0 nih... maka kita sudah ada B80 .... dan mungkin lebih dari itu.
10 May 2021
Ini Bangang Namanya
Bhai/DeeDee semua...
Ziarah dari bilik ke bilik .. lepas tue semua ziarah ke dapur dan jamban... hahaha
Gila Sungguh La...
La nih sudah terbalik... PAS (dibawah pemerintahan Abdul Hadi Awang) telah menyarankan mana-mana kakitangan awam yang tak sealiran dengan dasar Kerajaan PN sedia ada bolehlah meletak jawatan... Hahahaha
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mahu penjawat awam mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti-parti yang memerintah walaupun mereka tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan itu.
Katanya, sekiranya, penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moral mereka boleh meletakkan jawatan.
“Mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.
Maybe ader wayar yang putuih nih... hahaha... ker lupa makan ubat?? Hahaha
08 May 2021
Hek Eleh. Buat-Buat Tak Tahu
Dulu masa mamat nih dok pegang jawatan Menteri .... apa jer yang dier tak buat ... sembang lar kata dier tatau aper campurtangan orang politik dalam perkhidmatan awam...
Serupa bangsat ja...
Skrang boleh kata dier tak paham aper itu campurtangan orang politik dalam pengurusan dan perkhidmatan awam... Poodah la... Ini serupa macam sendiri berak tapi takmo nak ngaku tahi dier sendiri... Aper daa...
05 May 2021
Bahaya Betullah Berpenyakit NPD
Kita semua sedia maklum akan penyakit ini.... Narcissistic Personality Disorder ... satu penyakit yang rasa diri tu perasan bagoosh dan menjadi tumpuan orang ramai.... aduh... susahnya nak terjemahkan penyakit ini dalam konteks Bahasa Melayu...
Narcissistic personality disorder — one of several types of personality disorders — is a mental condition in which people have an inflated sense of their own importance, a deep need for excessive attention and admiration, troubled relationships, and a lack of empathy for others
Tindakan mereka yang mengundang kritikan orang dianggap sebagai memberikan pahala percuma kepada mereka. Walhal tindakan ini jelas sangat menyalahi undang-undang dan juga norma-norma tempatan malah semacam double standard la pulak.
Kalu dalam Bahasa Arabnya.... ianya lebih kurang macam Istidraj la... mereka ingat apa yang mereka dapat (kekayaan, kemegahan, kehebatan atau keagungan) itu adalah satu kelebihan dari Allah Taala... walhal ianya adalah murka Allah.
04 May 2021
Nak Jadi Samseng Sangat
Semalam tular satu video pendek berdurasi 1 minit 53 saat di Youtube yang menunjukkan satu kegiatan samseng yang dilakukan oleh Yusof Azmi dan rakan-rakannya yang membelasah seorang warga asing berbangsa Bangladesh disebuah kaki lima kawasan perniagaan.
Dan hari ni telah dapat berita yang PDRM telah amik tindakan menangkap semua pelaku termasuk ketuanya iaitu Yusof Azmi untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
03 May 2021
Nak Tipu Pun Tak Beragak
Wee Ka Siong kata semua penerbangan masuk dari India beberapa hari ni adalah Penerbangan membawa kargo.... Huhuhu...
M tu bermaksud Main Terminal.... mana ader pesawat kargo mendarat dan taxing kat Terminal Utama... buat apa nak menyusahkan diri ... sebab kalu kargo... baik terus kepada terminal lain untuk kargo sebab nak mudahkan semakan kastam dan masuk warehouse...
Agak-agak lar.... Nak tipu pun tak beragak... adoilah Wee Ka Siong ooi...
Bila Orang Semakin Menyampah
Satu benda yang pasti ialah orang dah nak menyampah dengan tindak tanduk segolongan agamawan, selebriti, kayangan dan vip yang dengan selamba dan seakan tidak bersalah melanggar SOP yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia.... malah langsung tiada hukuman atau tindakan tuntas dari pihak kerajaan terhadap mereka-mereka ini.
Bukan sekali dier melanggar SOP Covid-19... tapi kalu dikirakan.. lebih dari 10 kali... dan tiada satu tindakan pun yang dikenakan kepadanya.... Balik dari Sabah dan didapati positif Covid-19 tapi selamba je hadir pada satu program di Masjid Kayu Besut.. sampaikan semua yang hadir pada masa tue terpaksa di kuarantin...
02 May 2021
Jangan Tanya Orang Gila, Nanti Dapat Jawapan Gila
Masa gua kecik dulu... ader sekeluarga orang kampung yang ada masalah mental.... Senang cakap ... Gila... Satu famili... emak, bapak, anak lelaki 3 orang... anak perempuan 2 orang ... sekeluarga ader masalah mental..
Tak Habis Dengkinya Mamat Ni
Sejarah adalah sesuatu yang pernah terjadi... Kita tak boleh nak amik sejarah yang bagoosh sahaja... sejarah yang tak bagoosh kita abaikan... Itu bukan caranya... Sejarah nih takder sisi.... semua sisi adalah sejarah.... dan tidak ada apa yang patut dimalukan dengan sejarah... Benda dah pernah terjadi..
Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) adalah satu bahagian dalam sejarah... Penubuhan satu unit ketenteraan untuk menentang Jepun... ini berlaku semasa Perang Dunia Kedua... dan ini adalah sejarah...
Persoalan sama ader ianya mempunyai elemen komunis pun bukanlah satu perkara yang kita boleh jadikan penyekat kepada pengetahuan rakyat... Rakyat perlu tahu bahawa kita pernah ada unit ketenteraan sendiri yang melawan Jepun... unit ini dari rakyat itu sendiri...
Gua tak paham pasai apa mamat cina sorang nih bising bab MPAJA.... setiap kali pon bawak cerita Komunis.... setiap kali pon bising kononnya ancaman komunis.... Pelik aaa... Dengki betul dier...
Gua tak kata gua sokong komunis... tapi masa nih Malaya masih terjajah... dibawah Inggeris dan Jepun.... dan pada masa tue Komunis la yang berjuang untuk menentang penjajah... Kepada mamat nih yang mungkin takmo nak menentang penjajah kalu dier dah hidup masa tue... itu masalah dier... mamat ni mungkin spesis yang menyokong penjajah....
Tafsiran sejarah biasa dibuat oleh orang yang menang.... huhuhu
01 May 2021
Kasta Vaksin?
Bhai/DeeDee semua...
Vaksin pon ader kasta-kasta... Ader vaksin untuk golongan bangsawan... ader vaksin untuk marhaen... Ader vaksin untuk golongan Raja dan Sultan.... pening aaa
Sebenarnya tidak adil untuk rakyat dibeza-bezakan jenis vaksin yang digunakan... Tak pernah dalam sejarah imunisasi vaksin di Malaysia yang mana Kerajaan Malaysia menggunakan vaksin yang berbeza-beza antara satu rakyat dengan rakyat yang lain.
Perlembagaan Malaysia meletakkan kesamaan taraf antara semua warga negara.... Tiada warganegara kelas pertama... tiada warganegara kelas kedua... dan tentunya tiada warganegara kelas ketiga dan keempat...
Ini tidak adil jika pemberian vaksin dibeza-bezakan antara semua rakyat...
Dan gua amat setuju dengan apa yang ditulis oleh YB Hassan Karim di Malaysiakini... ini tepat...
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhau/DeeDee semua... Dulu… tanah ini kena serang dengan Chola, Ayuthia, Ligor, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan Indonesia se...
-
Bhai/DeeDee semua... Kah Kah Kah... Last-last... dengan ader banyak teknologi yang ada... dan sistem MyKad yang sememangnya canggih.... las...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?