Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

20 June 2009

Larangan Menunaikan Haji

Pernah satu ketika Rasulullah s.a.w disekat daripada menunaikan haji pada tahun itu.... Apa yang pasti walaupun ada bantahan dipelbagai peringkat... namun Rasulullah s.a.w menerima sekatan itu atas sebab-sebab yang kita semua sedia maklum.

Kini ada beberapa pihak mencadangkan urusan haji tahun ini disekat demi untuk mengelakkan malapetaka wabak selsema babi (H1N1) daripada menular tanpa sekatan.

Dagi segi maslahat umum dan kesihatan, langkah menyekat urusan haji tahun ini adalah satu langkah yang bijak yang mana bertepatan dengan hukum yang Allah S.W.T tetapkan iaitu mengelakkan dari maslahat umum.

Namun ada pihak yang kurang bersetuju malah membangkang usaha sekatan urusan haji tahun ini yang pada pandangan peribadi gua cuma kerana kepentingan peribadi, ekonomi dan kewangan pihak tertentu.

Umum sedia maklum bahawa Kerajaan Arab Saudi memang mendapat laba yang banyak hasil daripada urusan haji dan perdagangan musim haji setiap tahun. Jadi mana mungkin boleh dibiarkan urusan haji disekat kerana memikirkan keuntungan yang akan lesap kali ini.

Oleh yang demikian, maka gua berpandangan bahawa Ulama berpengaruh di Arab Saudi, Sheik Abdul-Mohsen al-Obaikan terkhilaf dalam menentang usaha menyekat urusan haji kali ini. Beliau patut merujuk kembali kedalam Al Quran dan Sunnah untuk memastikan pandangan beliau selari dengan peruntukan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T dalam mengelakkan malapetaka wabak daripada menular.

Kesimpulannya, sekatan urusan haji tahun ini adalah wajar selari dengan kaedah fiqh demi mengelakkan maslahat yang lebih besar.

Baca Sini : Ulama bantah larangan haji

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1